Followers

Monday 28 May 2012

Duka Bersulam Rindu.....




Assalamualaikum....

Alhamdulillah....bersyukur saya  kehadrat ilahi kerana saya masih disini....masih diberi ruang dan peluang untuk mengenal diri....mencari diri.... dan mengubah diri.... syukur pada kurniaanmu ini Ya Allah..... keranaMU aku disini dan keranaMU aku berada di pentas ini....

DUKA BERSULAM RINDU.... karya pertama saya, hasil penyatuan minda dan hati.... bukan karya yang hebat tapi istimewa bagi saya malah kelahiran pertama ini sangat-sangat bermakna dalam diari kehidupan saya.... saya tak pernah menyangka saya akan menyudahkan satu cerita dan cerita saya itu di baca oleh pembaca di luar sana..... bagi saya ini adalah sesuatu yang indah... sesuatu yang tiada nilainya....terima kasih kepada pembaca yang sudi membeli dan melapangkan masa membaca DBR.... sokongan anda sangat-sangat bermakna bagi penulis mentah seperti saya.... TERIMA KASIH sekali lagi...

Saya mengambil masa hampir 3 bulan untuk menyudahkan karya ini....masa yang agak panjang untuk menyudahkan sesebuah karya.....saya tahu karya saya bukan karya yang sempurna malah banyak kekurangannya... saya cuma harap pembaca membaca karya saya dengan hati kerana bila kita buka hati maka kita akan nampak ada yang cuba disampaikan di dalam karya yang tidak seberapa itu..... walau saya bukanlah orang yang bijak pandai tapi saya mahu pembaca menilai apa moral yang cuba disampaikan......

Pada yang suka karya pertama saya ini jutaan terima kasih saya ucapkan...pada yang tidak boleh menerima DBR juga saya ucapkan terima kasih kerana sekurang-kurangnya anda baca karya saya.... tapi mungkin jiwa kita berbeza sebab itulah DBR tidak dapat dihayati seadanya.... walau bagaimanapun saya masih memerlukan sokongan pembaca untuk meneruskan minat saya di dalam bidang ini.... saya menulis kerana saya suka dan minat yang mendalam.... jadi tegur saya andai itu bisa mendewasakan penulisan saya....

Akhir kalam.... Bila minda ini terisi....itu cerita....Bila jemari ini menari .....itu penyudahnya

Wassalam....


2 comments:

  1. Penulis & pembaca bagai isi dgn kuku...saling melengkapi diantara 1 sama lain..Xde pembaca..xde laa penulis....Always be by your side...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...