Followers

Tuesday 14 August 2012

Dicintai atau mencintai....Bab 1





“Sorry Az, I lambat sikit," tutur Qyra perlahan sebaik saja Azmin menghampirinya. Sudah serba salah dia di situ. Sepatutnya majlis sambutan hari raya yang diadakan di Hotel Crown Princess oleh syarikat milik papa Azmin, Datuk Zaiful itu bermula pada pukul 7.30 malam tapi sudah hampir pukul 8.30 malam baru dia muncul. Mesti Azmin bengang gila dengannya sekarang.


“Kenapa lambat sangat ni?” soal Azmin tidak puas hati. Suaranya pula sudah lain macam saja bunyinya. Sedari tadi dia menunggu tapi baru sekarang Qyra muncul.

“Bertolak dari Johor lewat tadi so sampai KL pun lambatlah. Ni pun I tak sempat nak balik rumah, mandi pun belum lagi ni tau terus je I datang sini  sebab dah janji dengan you,” balas Qyra cuba menjelaskan duduk perkara sebenar. Kalau diikutkan penat ketika itu memang malas nak datang tapi disebabkan Azmin dia datang juga. Mana tidaknya dari dua tiga hari lepas sudah berkali-kali Azmin mengingatkan. Nak tak nak kena datang jugalah.

“I ingatkan you sengaja tak nak datang. So, dah makan ke belum ni?”soal Azmin lagi. Tiba-tiba timbul rasa kesian pula bila mendengar penjelasan Qyra tadi.

“Belum,” balas Qyra sepatah seolah-olah berjauh hati. Tak baik betul Azmin main tuduh-tuduh macam tu. Sudahlah dia tengah penat sangat sekarang ni. Dengusnya di dalam hati.  

“Jom, I teman you makan. Janganlah buat muka macam tu depan I,” Faham dengan riak masam wajah sicantik manis di hadapannya Azmin cuba memujuk. Tidak menjawab Qyra hanya mengangguk saja.  

Azmin terus mengajak Qyra memilih makanan di ruang buffet yang disediakan. Belum sempat Qyra mengambil pinggan di atas rak yang disediakan, Azmin terlebih dahulu mengambilnya. Tanpa mempedulikan pandangan Qyra ketika itu, Azmin terus menyenduk nasi dihadapannya, selepas itu diambilnya beberapa lauk yang ada dan diletakkan disekeliling pinggan ditangannya.

Qyra terus menjerit kecil melihat apa yang dilakukan oleh Azmin ketika itu. Tangan Azmin ditampar sedikit kasar. Hampir hendak terjatuh pinggan nasi yang dipegang oleh Azmin ketika itu namun Azmin hanya tersengih saja.   

“You ni nak suruh I makan ke nak suruh I melantak?”soal Qyra sebaik saja mereka duduk disebuah meja kosong yang terletak berdekatan dengan dinding di dalam dewan tersebut. Bengang betul dia. Kalau orang tengok pinggannya mesti orang akan mengutuk. Ye lah badan kecil tapi makan bukan main kuat lagi. Macam dah sebulan tak jumpa nasi dah ni.

Azmin hanya tergelak saja dimarahi Qyra. Sudah biasa sangat dimarahi begitu. Ala marah-marah manja je baginya.

“Tak kira you kena makan jugak. Tak baik membazir tau,” arah Azmin pula sambil tersengih.  
Qyra sudah mengetapkan bibirnya tanda tidak puas hati diperlakukan begitu. Azmin pula masih lagi tersengih melihatkan jelingan maut dan kerutan di wajah Qyra. So cute…bisiknya di dalam hati.

Qyra mendengus kecil. Pinggan di hadapannya dipandang tak beriak. Dalam rela terpaksa perlahan-lahan makanan di hadapannya disuapkan ke mulut. Sakit hati betul. Macam mana nak makan, bukan main banyak lagi lauk pauk yang diletakkan ke dalam pinggannya. Aduh kalau selalu kena buli macam ni dengan Azmin mahu 10 kg naik berat badannya nanti. Azmin ni memang nak kena! Jeritnya di dalam hati.

“You makan dulu ye, member I kat sana nak balik rasanya tu,” tutur Azmin perlahan sebaik terlihat kelibat Johan melambainya dari meja yang tidak jauh dari tempat mereka duduk.

Qyra mengangguk sambil matanya liar memandang tiap langkah dan perlakuan Azmin ketika itu. Penat memerhati, matanya di alihkan ke arah makanan di hadapannya sambil mengeluh kecil. Dikuisnya ke sana ke mari makanan tersebut dan digagahi juga untuk disuapkan ke mulut. Setelah beberapa suap makanan tersebut dinikmati tiba-tiba Qyra terus meletakkan sudu dan garpunya. Dah tak mampu untuk dihabiskan lagi. Dia surrender! Memang dia tak boleh nak telan lagi.

Maaflah nasi, bukan kau tak sedap tapi aku yang tak ada selera nak makan. Bisiknya di dalam hati. Nampaknya penat punya pasal sampai nak makan pun dah tak ada selera. Gelas dihadapannya terus disuakan ke mulut. Sekali teguk saja licin air sirap itu dikerjakan. Terasa tekaknya masih lagi dahaga, Qyra terus bangun dari duduknya menuju ke tempat balang air diletakkan. Selesai mengisi air di dalam gelasnya, Qyra terus berpaling untuk menuju ke tempatnya semula. Baru saja dia ingin melangkah tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang.

“Tak nampak orang ke?” jerkahnya kepada lelaki di hadapannya itu. Bengang betul! Tak pasal-pasal habis bajunya basah disiram dengan air sirap yang dipegangnya tadi.

“Sorry Cik, I tak sengaja,” tutur lelaki tadi serba salah. Terus dicapai sekotak tisu yang berada di atas meja di sebelahnya dan dihulurkan kepada gadis di hadapannya itu.

See, what have you done to me...arggggghhh,” tingkah Qyra semakin keras. Memang sakit hati betul dia ketika itu. Terus tisu di tangan lelaki itu dicapai kasar. Kenapalah macam-macam hal berlaku hari ini. Sudahlah semasa di Johor tadi dia hampir bertekak dengan clientnya gara-gara sesuka hati menyuruhnya menukar rekaan yang telah dipersetujui. Lepas itu diperlakukan begitu oleh Azmin dan sekarang ini pula dimandikan dengan air sirap percuma saja gara-gara mamat di hadapannya ini. Malang betul! Aku tahulah aku belum mandi lagi! bentaknya di dalam hati.

“So sorry, I betul-betul tak perasan you dekat sini tadi,” ucap lelaki itu lagi masih dalam nada bersalah. Tangannya pula sedang cuba untuk membantu gadis itu mengelap bajunya yang sudah basah tapi segera di tepis oleh gadis itu. Kenapalah kau cuai sangat Zariq. Bebelnya sendiri menyesali apa yang berlaku.

“Apahal Qyra?” soal Azmin tiba-tiba. Pelik pula melihat keadaan Qyra ketika itu.  Mukanya juga sudah merah semacam seolah-olah sedang menahan marah. Bukannya dia tak kenal perempuan yang namanya Qyrana Najwa di hadapannya itu. Mood nya memang susah hendak dijangka. Kalau baik macam kucing parsi manjanya tapi kalau sudah meledak marahnya, boleh tercetus perang teluk!.

“Ada orang buta langgar I!” bentaknya sedikit kasar sambil menjeling ke arah lelaki dihadapannyam itu.  Dia sendiri pun tak tahu kenapa ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Tahap kebengangannya ketika itu memang dah sampai ketahap yang paling kritikal dah tu. Nasib kau lah mamat kena laser dengan aku hari ni. Rengusnya di dalam hati.

Azmin yang berada di situ tergelak tiba-tiba lebih-lebih lagi bila terpandangkan lelaki di sebelahnya.

Qyra semakin bengang. Wajah Azmin di hadapannya itu dipandang tak beriak. Boleh pula dia tergelak dalam keadaan yang macam ni. Nak kena ke apa ni? bebel Qyra geram.

“You ni tiba-tiba tergelak apahal?” tingkah Qyra keras. Kang tak pasal-pasal si Azmin ni pulak yang kena lekuk ni karang. Bebelnya lagi.

Azmin terus terdiam namun dibibirnya masih lagi mengulum senyum. Bila terpandangkan muka blur lelaki di sebelahnya itu lagilah hendak terburai gelaknya. Kelakar.

“Qyra, orang buta yang you marah ni abang I,”

Sudah bulat mata Qyra memandang ke arah lelaki tersebut.  Abang Azmin? Soalnya di dalam hati. Kenapalah dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni lelaki yang di hadapannya itu mesti abang Azmin?

“Dah terlanjur kejadian yang menimpa you ni, marilah I kenalkan, ini abang I,  Mohd Zariq Asyraf, ” sambung Azmin  lagi masih menahan gelak.

“Abang, Az kenalkan kawan Az masa study di US dulu, Qyra….Qyrana Najwa,”

“Hai...” ucap Zariq sambil menghulurkan tangan ke arah Qyra. Tapi salamnya tidak bersambut. Zariq terpempan. Salam pun tak nak? Amboi sombongnya minah ni!. Desisnya di dalam hati.

“Hai..” jawab Qyra sepatah dengan raut wajah yang masih masam mencuka.

“Oklah Az, I balik dululah. Rimaslah dengan baju yang dah basah ni,” tutur Qyra sinis sambil menjeling ke arah Zariq di hadapan. Tak kiralah kau abang Azmin ke atau bapak dia ke aku memang tengah bengang sekarang ni. Nasib kau lah!. Bisik Qyra di dalam hati.

“Dah nak balik dah ke? I belum kenalkan you dengan parents I lagi,”

“Tak selesalah. Maybe next time okay. Lagipun papa dengan mama you pun tengah sibuk layan guest tu,”

“Okay…okay, jom I hantarkan you ke kereta,” balas Azmin malas hendak memanjangkan cerita. Faham sangat bila Qyra dah buat muka macam tu memang dia tengah marahlah tu.

Qyra menggangguk dan terus berlalu dari situ tanpa memandang Zariq Asyraf di hadapannya.

“Uish Garang betul! Macam manalah adik aku boleh dapat awek garang macam tu. Harap muka je lawa tapi attitude...out!” dengus Zariq perlahan.

Qyra sudah mengetap bibir sebaik mendengar kata-kata sinis yang dilemparkan oleh lelaki itu. Malas untuk mencari pasal langkah kakinya di hayunkan laju. Sakit hati! Jeritnya di dalam hati.


Silalah komen lepas baca ehh.... tq yarrr.... :)

2 comments:

  1. haiiii kak meera... Menarik permulaan cerita ni.. nak lagi, ape kisah selanjutnye...hehehe.. -Sue-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagi eh Sue...nanti ehh... tunggu akak edit dulu yer... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...