Followers

Sunday 26 August 2012

Dicintai atau mencintai....Bab 3

   
Qyra kebingungan. Telefon bimbit di atas mejanya dipandang tak berkelip. Panggilan telefon dari Syarikat Multi Bina Holdings Sdn. Bhd. sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Bila masa pula dia atau Amni, rakan kongsinya menyerahkan profail ke syarikat tersebut? Sudah dua kali dia bertanyakan hal tersebut kepada Amni tapi Amni sendiri pun tidak tahu menahu mengenai hal itu. Lebih memeningkan kepalanya hari Khamis nanti dia dikehendaki menghadiri pre-qualification tender pula. Hanya tinggal dua hari saja lagi. Masalahnya, satu apa pun dia tak tahu pasal projek tersebut macam mana nak buat proposal. Pening! 

Qyra berjalan mundar mandir di dalam biliknya. Otaknya masih ligat berfikir. Siapa agaknya yang baik hati sangat menghantarkan profail syarikatnya ke syarikat tersebut? Soalnya berkali-kali. Tak kan lah papa. Tak mungkin, sebab papa tak pernah ambil tahu tentang urusan syarikatnya. Memang dia sendiri yang tidak membenarkan papa untuk ambil tahupun. Tiba-tiba Qyra terfikirkan seseorang.

“Azmin!” di saat itu juga nama Azmin meluncur dari bibir. Terus telefon bimbit di atas meja diambil dan nombor telefon Azmin didail.            

“Sorry Qyra sebab I tak inform you dulu. I pun saja je bagi profail you pada abang I. Iyalah mana tahu ada rezeki you untuk dapat projek tu,” jawab Azmin bila soalan itu diajukan kepadanya.

“It’s ok Az. I tahu niat you baik tapi lain kali tolonglah bagi tahu I dulu. Tengok macam sekarang ni rasa macam nak heart attack I dibuatnya. Tiba-tiba aje dan yang menjadi masalahnya I tak tahu satu apa pun,” balas Qyra sambil menarik nafas panjang.

“Okay, okay…I promise…next time I akan inform you dulu. Sorry okay,” balas Azmin lagi sambil tergelak kecil. Dia tahu mesti hati Qyra sedang huru hara sekarang. Dengar riak suara Qyra pun dia sudah tahu.

Qyra terdiam. Geram sebenarnya. Boleh pula Azmin tergelak macam tu. Ini bukan perkara main-main. Bila melibatkan kerja perkara kecil pun boleh jadi serius baginya.

 Az, boleh kita jumpa tak? I nak tahu details pasal projek tu. I kena sediakan kertas cadangan secepat mungkin. I cuma ada masa dua hari saja untuk sediakan proposal tu,” tutur Qyra lagi dengan nada suara seolah-olah memohon simpati. Kalau bukan tanya Azmin, dia nak tanya siapa lagi. Lagipun kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. So, suka tak suka atau nak tak nak dia akan berikan yang terbaik. Kena reject itu belakang kira.

“Sure. I pergi office you sekejap lagi,”

“Thanks Az. You are my best friend forever. Sebab tu lah I sayang sangat kat you,” tutur Qyra lega.

“Don’t mention,” balas Azmin pendek dengan senyum lebar terukir di bibir.

 

 

Qyra memandang kelat skrin laptop di hadapan. Sudah perit matanya asyik mengadap laptop sedari tadi. Lepas solat Isyak sehinggalah sekarang dia masih mengadap benda yang sama demi menyiapkan proposal untuk projek di Cherating tersebut. Jam didinding biliknya dikerling. Sudah pukul 3 pagi. Patutlah rasa mengantuk lain macam aje ni.

“Baik kau tidur dulu Qyra, esok kau ada mesyuarat di Golden Rose Butik & Spa pulak. Nanti tak pasal-pasal masa orang tengah sibuk bermesyuarat kau membuta pulak,” bebelnya di dalam hati.  

Tanpa berfikir panjang, terus laptop di hadapannya itu dimatikan, pendrive yang dicucukkan di usb port di sebelah kiri dicabut dan dicampakkan ke dalam laptop case di sebelah. Tanpa menunggu Qyra terus menyembamkan tubuhnya ke atas tilam. Wahhh! bestnya dapat berbaring macam ni…desis hatinya sambil memejamkan mata dan bergolek-golek di atas tilam. Memang nikmat.

Entah pukul berapa dia melelapkan mata tiba-tiba tidurnya dikejutkan oleh bunyi jam loceng di sebelah mejanya yang menandakan sudah pukul 6.30 pagi. Dengan malas jam loceng tersebut dimatikan dan selepas mengeliat ke kiri dan ke kanan Qyra terus bangun. Usai  mengerjakan solat subuh Qyra terus bersiap-siap untuk ke pejabat. Itulah rutin hariannya. Keluar seawal pagi dan balik selalunya sudah lewat malam. Nasib baik dia tinggal sendirian kalau tidak tentu hari-hari  kena bebel dengan mama.

Dia masih ingat lagi ketika dia memberitahu mama yang dia hendak tinggal sendirian, bukan main lagi mama menghalang. Membebel-bebel mama macam baca kitab tak berbaris. Nasib baiklah kak long membantu untuk mempertahankan keputusannya itu kalau tidak jangan harap dapat keluar dari rumah banglo dua tingkat milik keluarganya itu. Sejak tinggal bersendirian lagilah selalu dia pulang lewat. Banyak masanya di habiskan dipejabat saja sehinggakan kadang-kadang jam sudah  menginjak ke pukul 12 malam pun dia masih lagi berada di pejabat. Tapi dia tidak kisah semua itu kerana dia kena berusaha keras untuk membuktikan pada papa yang dia mampu untuk menguruskan perniagaannya sendiri. Qyra tahu papa berharap sangat dia dapat membantunya dan kak Long menguruskan perniagaan pembekalan makanan halal milik keluarga tapi bidang itu bukan bidang yang diminatinya. Dia lebih suka dengan apa yang dia buat sekarang. Biar terpaksa bersusah payahpun dia rela. Biar terpaksa mengorbankan masa tidurnya pun dia sanggup.  

Disebabkan dia tetap dengan keputusannya sebagaimana dia berkeras memilih jurusan design & architecture dulu maka papa memberikannya masa selama satu tahun sahaja. Sekiranya dia gagal maka dia terpaksa mengikut cakap papa pula dan kerana itulah dia kena berusaha keras bagi membuktikan kepada papa bahawa dia mampu untuk berjaya. Itu tekadnya.

 

 

Qyra menarik nafas lega. Alhamdulilah, mesyuarat di Golden Rose Butik & Spa berjalan dengan lancar. Konsep dan idea yang dicadangkan olehnya juga telah dipersetujui oleh pemilik Butik & Spa tersebut. Lega rasanya kerana urusniaga tersebut berjaya juga diperolehi. Ringan rasa beban di kepala. Sekarang hanya tinggal urusan untuk memulakan kerja ubahsuai saja. Bisik Qyra di dalam hati.
Sebaik tiba di keretanya, Qyra terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Nombor telefon Amni didail.

“Assalamualaikum,”sapa Qyra ceria sebaik panggilannya berjawab.
“Waalaikumsalam,”
“Amni, kau kat mana?” soalnya pula.
“Office,”
“Kau busy tak?"
"Kenapa?"
"Jom lunch sama-sama. Aku tunggu kau kat tempat biasa,”
“Oh ok, aku pergi sekarang,”
“Orait,” balas Qyra sepatah. Telefon bimbitnya dimatikan dan dia terus memecut keretanya menuju ke Restoran Kampung milik makcik Zaiton seperti yang telah dijanjikan dengan Amni sebentar tadi.

“Apa cer?”soal Amni sebaik saja melabuhkan punggungnya. Wajah sahabatnya yang sedang tersenyum itu di pandang lama. Pelik pula dengan gelagat temannya itu. Mendengar suara ceria Qyra ditalian tadi memang mengundang seribu pertanyaan dihatinya.

“Deal closed,” jawab Qyra sambil tersenyum lebar.

"Serious?" soal Amni memohon kepastian. Sudah bulat matanya memandang Qyra di  hadapan.
Qyra mengangguk mengiakan.

“Alhamdulilah,” tutur Amni perlahan sambil menadah tangan dan meraup kedua-dua tapak tangannya ke muka. Bersyukur sangat kerana mereka berjaya juga dalam urusniaga tersebut. Dia pun kesian sangat dengan Qyra sebab sudah dekat dua bulan kebelakangan ini kawannya itu bersusah payah dan bersengkang mata menyiapkan rekabentuk hiasan dalaman butik tersebut.

“So, sekarang tinggal nak mulakan kerja aje. Aku dah bincang dengan Abang Kader minta dia yang buat kerja ubahsuai tu. Lagipun Abang Kader punya harga okay sikit dan hasil kerja dia pun bagus. So, apa pendapat kau?” soal Qyra sambil menghirup air sirap di hadapannya.

“Aku setuju dengan kau. Aku pun suka kerja dengan abang Kader. So siapa nak monitor projek ni?” soal Amni pula. Iyalah mereka berdua pun sibuk ketika ini. Dia sendiri pun sedang menguruskan projek di Johor Bahru dan terpaksa berulang alik setiap minggu ke sana. Qyra pula sedang sibuk menyediakan proposal untuk projek baru dibawah syarikat Multi Bina Holding Sdn. Bhd.

“Tak apa yang ni aku monitor sendiri. Nanti kalau projek di Cherating tu ok kau handle yang tu ya. Rasanya once confirm yang di Cherating tu, projek di Johor tu pun dah siap. Kat sana pun tinggal finishing je kan?”

Amni mengangguk mengiyakan sambil mengirup nescafe o ais dihadapannya

 



4 comments:

  1. apa agak ye situasi qyra bile berurusan dgn bakal abg ipar

    ReplyDelete
  2. itu kena baca di bab 4 yer...hehehee...

    ReplyDelete
  3. hehehe...Qyra, nnt jumpe ngan Zariq Asyraf jgn gaduh2 ye...

    ReplyDelete
  4. tak bergaduh tapi selalu bertikam lidah jer.... boleh gitu??? hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...