Followers

Monday 27 August 2012

Dicintai atau mencintai....Bab 4


Dengan kalimah bismillah, Qyra melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat di tingkat tiga syarikat Multi Bina Holding Sdn. Bhd. yang tersergam indah itu. Hatinya bukan main berdebar lagi. Selalunya tak macam itu pun, tapi kali ini debarannya lain macam saja dirasakan.

Sebaik masuk Qyra terus duduk di tempat yang disediakan. Sedang dia leka membelek-belek semula kertas cadangan ditangannya, dia terdengar pintu bilik mesyuarat tersebut dikuak dari luar. Qyra berpaling dan memandang ke arah pintu. Terpandangkan lelaki yang sedang melangkah masuk ketika itu, hati Qyra sudah berdegup kencang. Oh my! Oh my! Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba dia jadi kalut seketika.

“Alahai Azmin tak cakaplah pulak Pre-Qualification ini abang dia yang handle. Hari tu kata Encik Fahmi, pengurus projek syarikat ni yang handle. Masak aku hari ni…aduhailahhh,” bebel Qyra di dalam hati.  Debaran jantungnya menjadi semakin kencang ketika itu. Rasa hendak terhenti nafas di saat itu juga. Cool Qyra…cool….rilex….you can do it!  breath in….breath out…. bisiknya cuba menenangkan diri sendiri sambil menarik nafas.

Sebenarnya yang membuatkan dia jadi sesak nafas bila terlihatkan senyuman Zariq Azyraf ketika masuk tadi. Semacam saja senyumannya. Ini mesti ada kaitan dengan kes tempoh hari. Nak balas dendam ke? Habislah kau Qyra….habislah… bebelnya lagi di dalam hati. Serba tak kena duduknya ketika itu.

“Morning Cik Qyra. Selamat datang ke syarikat kami,” sapa Zariq Asyraf sopan. Wajah tetamu yang sedang kalut di hadapannya itu dipandang tak beriak.

“Morning and thank you Encik Zariq,” balas Qyra cuba berlagak tenang.  Kalau bukan disebabkan projek yang bernilai jutaan ringgit itu, mesti dia dah menapak keluar sekarang. Tak sanggup rasanya berdepan dengan lelaki di hadapannya itu dalam keadaan begini. Malu! Teringatkan apa yang berlaku antara mereka tempoh hari lagilah kecut hatinya. Harapan yang tadinya besar menggunung sudah tinggal sebesar biji saga saja. Itupun biji saga yang sudah hancur ditumbuk lumat.

“Well Cik Qyra, can we start?” tegas saja suara Zariq ketika menuturkan kata-kata tersebut. Sebenarnya dia hendak tergelak juga bila melihat muka cuak Qyra ketika dia mula-mula masuk tadi tapi nanti peliklah pula bila dia tiba-tiba tergelak. Memang perasaan bengang  dengan gadis di hadapannya itu masih bersisa tapi baginya kalau ianya berkaitan urusan kerja dia akan bersikap professional.

Mendengar kata-kata Zariq sebentar tadi, Qyra terus saja membentangkan kertas kerja di hadapannya.

“This is our proposal Encik Zariq, and for your information, this proposal is only based on the pictures that we’ve got from Encik Fahmi,” terang Qyra setenang yang mungkin. Demi masa depan Gemini, dia kena melakukan yang terbaik hari ini. Samada proposal itu diterima atau tidak dia sudah tidak kisah, yang penting dia sudah buat apa yang patut. Tekadnya di dalam hati. Sesalinan proposal di tangan diserahkan kepada Zariq di hadapannya.

Zariq menyambut huluran Qyra sambil matanya masih memandang tajam ke arah gadis itu. Semakin berdebar Qyra ketika itu namun perasaannya dikawal setenang yang mungkin walau sebenarnya hatinya sudah bergolak bukan main kencang lagi. Takut ke apa ni! Desis hatinya. Tapi memang takut pun. Sekali lagi nafasnya di tarik perlahan. Tak selesa direnung begitu. Mahu terburai isi perutnya nanti.

“Ukuran bagi setiap bilik, bilik air dan ruang tamu hanya boleh diberikan sekiranya ukuran sebenar dibuat di tapak. Jadi pelan lakaran yang kami berikan ini hanyalah berdasarkan contoh gambar dan anggaran keluasan yang diberikan sahaja. Material yang akan digunakan pula akan kami majukan sekiranya projek ini di award kan kepada syarikat kami. And Encik Zariq, the time frame given is so limited…”

“tapi kalau Encik Zariq memerlukan proposal lengkap dan dengan ukuran sebenar, I kena pergi lihat tempat tu dan buat ukuran di sana,” sambung Qyra lagi tenang dan confident saja lagaknya walaupun hatinya masih lagi berdetak cemas, takut, gelisah dan bermacam-macam rasa lagi, walhal ini bukanlah pertama kali dia berdepan dengan bigboss macam Zariq Asyraf!.

Zariq hanya mengangguk-angguk saja mendengar penjelasan dari Qyra sebentar tadi. Walaupun apa yang diharapkan tidak begitu memenuhi kehendaknya tapi mungkin disebabkan kesuntukan masa yang mereka berikan membuatkan proposal tersebut tidak lengkap. Dia akur dengan kesilapan dari pihaknya.

Sebenarnya memang niatnya dari awal lagi hendak mengenakan Qyra. Sengaja dia ingin lihat bagaimana Qyra akan berdepan situasi yang segetir itu, dengan hanya diberi masa dua hari sahaja untuk menyiapkan proposal tersebut. Tapi sikap Qyra ketika itu benar-benar membuatkannya kagum. Proposal itu sebenarnya sudah cukup bagus dengan tempoh dua hari yang diberi.

“Okay, if that is the case, I’ll give you one week to come out with the details proposal,” setelah terdiam lama akhirnya Zariq bersuara.

Qyra mengangguk sambil menarik nafas perlahan.

“Thank you Encik Zariq,” tutur Qyra lega. Seminggu pun seminggulah asalkan dia diberikan peluang untuk memperbaiki apa yang patut. Lagipun tak banyak pun yang perlu diubah nanti.

“So Encik Zariq, I perlukan kebenaran you untuk melihat sendiri tempat tu. Dan kalau boleh I perlukan wakil dari pihak you untuk bantu I di sana nanti,” sambung Qyra lagi.

Zariq mengangguk. “Sure, no problem. Fahmi will assist you,” balas Zariq sambil jarinya ditudingkan ke arah Fahmi di sebelah kanannya.

Sekali lagi Qyra mengangguk. Lega rasanya kerana segalanya berjalan dengan lancar dan Zariq Asyraf juga tidak ada melakukan sesuatu atau bertanya perkara yang bukan-bukan yang boleh menjejaskan presentation nya tadi. Rasa kagum tiba-tiba menular dalam hatinya. Sekurang-kurangnya Zariq Asyraf professional dalam kerjanya.

 

Selesai saja sesi temuduga tadi, Qyra terus saja keluar dari situ dan terus  menuju ke tempat keretanya diparkirkan. Baru saja pintu Audi TT Coupe warna merah miliknya ingin dibuka, telefon di dalam tas tangannya berbunyi. Segera telefon bimbit tersebut di capai.

“Assalamualaikum Qyra. So macam mana?” buru-buru Azmin menyoal sebaik saja panggilannya dijawab. Sedari tadi dia sendiri bukan  main gelisah lagi memikirkan pre-qualification tender antara Qyra dengan abangnya. Takut juga kalau abangnya mengenakan Qyra, maklumlah abangnya itu macam tidak berapa berkenan dengan Qyra sejak kejadian tempoh hari. Dia faham benar dengan perangai lelaki yang bernama Zariq Asyraf itu. Kalau dia tidak suka mesti dia akan kenakan kaw-kaw punya bukannya dia kira.

“Waalaikumsalam,” balas Qyra perlahan sambil tersenyum. “Everything’s okay, don’t worry. Lagipun Az, I tak pernah mengharap apa-apa pun dengan projek ni,” sambung Qyra lagi. Memang dia tidak berapa mengharap tapi kalau dapat projek ni bolehlah buat kenduri doa selamat tiga hari tiga malam. Hahahaa…gelaknya di dalam hati. Apa tidaknya nilai keseluruhan untuk menyiapkan kerja-kerja ubahsuai tersebut hampir  mencecah RM2 juta. Bolehlah untung lebih sikit dari projek ini saja.  

“Kalau macam tu legalah I. I’m so worried. So you dekat mana ni?”

“Baru nak gerak balik office,”

“Dah nak balik ke? Jom kita minum dulu,”

“Eh, you dekat mana sekarang?”

Tiba-tiba terdengar suara Azmin tergelak. Qyra kehairanan.

“I ada dekat office lah. You tunggu dekat bawah, sekejap lagi I sampai,”

“Ceh…I ingatkan you ada dekat tapak projek tadi. Okay, I tunggu you,” tingkah Qyra turut sama tergelak.  

Azmin sudah tersengih lebar. Sebaik talian dimatikan telefon bimbit di tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Kemudian dia terus keluar dari biliknya.

“Az, nak kemana tu?”

Azmin berpaling bila ditegur oleh seseorang. Melihat abangnya sudah berdiri tegak di hadapannya dia terus tersenyum. “Az nak keluar minum sekejap. Abang nak jumpa Az ke?”

“Sorang?” soal Zariq sepatah.

Azmin menggeleng. “Dengan Qyra,”

Mendengar nama Qyra di sebut, Zariq terus tersenyum. “Tak apalah kalau macam tu, Az pergilah. Abang baru nak ajak keluar minum tapi rupanya Az dah ada date,” usik Zariq sambil menepuk bahu adiknya itu.

Semakin lebar sengih Azmin bila digiat begitu. Bahagia pula rasa hatinya. Sebaik meminta diri, dia terus saja keluar dari situ. Tak mahu Qyra menunggu lama nanti.

“Sorry lambat,”

Qyra tersenyum. “Its okay,”

“Jom kita minum kedai mamak depan tu,” tutur Azmin lagi sambil jarinya ditudingkan ke arah kedai mamak di seberang jalan di hadapan mereka.

Qyra mengangguk dan terus  berjalan beriringan mengekor langkah Azmin. Sewaktu melintas jalan, tangannya tiba-tiba dicapai dan digenggam kemas oleh Azmin. Qyra terkedu. Sepantas kilat wajah Azmin di kerling. Azmin hanya tersenyum saja memandang ke arah Qyra.

“Esok atau lusa mungkin I ke Kuantan. Nak pergi tengok chalet dekat Cherating tu,” tutur Qyra sebaik gelas air sirap limau diletakkan semula  ke atas meja.

“Oh ye ke? Pergi dengan siapa?”

“Dengan Fahmi kot sebab tadi abang you cakap Fahmi akan assist I. I kena pergi sana untuk dapatkan ukuran sebenar and come out with a new proposal,”    

“Berdua dengan dia saja ke?” soal Azmin lagi seolah-olah tidak senang. Jauh tu Kuala Lumpur ke Cherating. Mungkin terpaksa bermalam di sana pula.

“Kenapa you nak ikut ke?” soal Qyra mengusik. Dibibirnya sudah menguntum senyum memandang Azmin di hadapannya.

“Kalaulah I boleh ikut, tapi tak bolehlah. Keje I dekat sini tak boleh tinggal. Nanti bising pulak big boss,”  balas Azmin perlahan.

Qyra mendongak memandang Azmin. “Siapa big boss?” soal Qyra hairan. Bukan Azmin pun bos ke?

“Abang I lah siapa lagi,” balas Azmin sambil ketawa kecil. Memang betullah sejak papanya tidak berapa sihat abang Zariq lah yang mengambil alih tugas Papa. Semua urusan pejabat diuruskan oleh abangnya. Bahagian operasi projek pula sudah diserahkan sepenuhnya kepadanya.

 Qyra hanya tersenyum saja sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda mengerti.            

2 comments:

  1. nak lagi..nak lagi...Best2, mcm dah jatuh cinta la ngan Zariq Asyraf ni..kikikiki....

    ReplyDelete
  2. hehehehe...parahlah adikku Sue ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...