Followers

Saturday 30 November 2013

Bukit Fraser Kami Datang... 23 - 24 November 2013



Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini 30hb November 2013 bersamaan 26 Muharram 1435 hijrah. Wah begitu cepat masa berlalu n yang paling tak bestnya umur pun akan bertambah sebulan saja lagi dari sekarang... uwaaaa aku dah semakin tua....SADIS okay!-  Of coslah tua kan tak kan nak muda plak...hehehee

Kita abaikan tentang bab2 tua tu yang penting hati memang sentiasa muda...wah gitu...kih3... ok hari ni I nak story mory pasal percutian 2h 1m di Bukit Fraser. Percutian yang dirancang tapi perlaksanaan dibuat last minute but its fun and we really enjoyed it....yeahhhhh... syok bangat!

Fraser Hill kami datang..... yeszaaaaa!

Percutian ini adalah hasil perbincangan dengan teman2 di KL. Iyalah dah penat2 kerja n stress jadi kami ambil peluang ini untuk merehatkan minda dan berehat sepuasnya. Walaupun hanya 2h 1m tapi the result mmg ohsem...turun dari bukit masing2 mengukir senyum lebar.... sgt puas hati!


Perjalanan kami bermula pada 23hb pagi. Tempat berkumpul pula di dataran Bentong. I bertolak dari Kuantan dan mereka semua dari KL. Tepat pukul 11 pagi semua dah ada...haaa memang senang buat arrangement macam ni...semua on time so tak perlu menunggu terlalu lama. Once dah berkumpul perjalanan naik ke bukit diteruskan dan tepat 12 tgh kami sampai.... Alhamdulilah, walau jalan macam ular kena palu tapi tak ada yang mabuk dipertengahan jalan.... 

Actually percutian ni tidaklah menggunakan belanja yang besar sebab kami berkongsi untuk semua kos yang melibatkan tempat tinggal, makan dan minyak kereta. Bukan I sponsor tau tapi kami share beramai2.... thanks guys sebab langsung tak berkira bab2 duit ni... you all memang the best arrr.... malah sporting giler... so next trip PULAU REDANG KAMI DATANG pulak yor....hehehe

Ok malas nak taip banyak2..meh tengok gambar2 yang sempat disnapkan di sana.... layanzzz

Upon arrival... excited jer memasing... I pun...btw all in red + black...mengikut tema katanya...hehehe....but its really nice... 
Lepas check in kami turun balik dan berposing sakan... kenangan beb... :) 
Ok..percutian ini sebenarnya bukanlah untuk mempromosikan DAM tapi saja untuk suka2 sebab ada diantara mereka yang tak pernah sampai lagi kat atas tu. Kebetulan dalam DAM ada melibatkan babak di Bukit Fraser maka sebab itulah masing2 dok berposing dengan Novel DAM.... dan di belakang itu di mana babak tersebut berlaku.... ambik feel konon2nya... apa2lah korang....  hahahaha


Us with love... :) 

Aktivi petang... I nak  naik juga tapi I kesian kat kuda tu takut patah plak pinggang dia... I sedar diri okay....ahaksss

Syok jer tgk kan... haishhhh!


Santai petang.... 


Bunga ros kat sini memang segar2... cantik siot... 
Santai di dalam homestay.... yang hak tengah tu dok menyemak dalam bilik kami sebab nak makan...maklumlah kami semua masak sendiri aje... tapi bukan I lah yang masak kalau tunggu I masak memang kebulur ler memasing.... I tau makan jer....hehe

Senyum....tak perlu kata apa2... comeiiii.... 
Pagi di Fraser Hill...sejuk yang amat terasa macam di LONDON you... .hahahaha
With chief de mission.. cikgu wan.... ganas kemain....macam samseng dusun pun ado....hahahaha larikkkkksss 

Kak Iman, Kak Wan dan Kak Ina.... posing sakan ek... :)

Hari kedua... after check out from bilik.... kita snap dulu... kami stay kat sinilah... Silverpark... 

Model of the day.... tapi ini model miskin skit sebab pakai selipar jer... ahaksssss...


Me with mr. cameraman... Adam montel... uishhh geram sungguh dengan pipi dia tu.... aku gigit kang.... kih3


Ini model2 yang tak laku dipasaran.... wakakakakaa......

Last capture.... bye2 Fraser Hill... leaving you with a sweet n sour memories.... ha ha...

Okies... habis sudah pengembaraan 2h 1m kami .... Fraser Hill memang tempat yang menarik untuk dikunjungi tapi ada satu yang kureng.... biasalah bila pergi tempat2 macam ni tentu ada gangguan2 aneh yang berlaku. Pity to Ayman, Fumi n the gang sebab kena ngurat dengan mahkluk2 itew... chill guys...kenangan manis tu walau tak dapat tido semalaman.... nasib baik korang tak lari n ketuk bilik kami malam2....hik3

Last but not least... kenangan ini akan ku abadikan dalam ingatan... terima kasih kalian kerana sudi menemankan I yang selalu tak punya teman untuk bercuti2 malaysia....pity me...hahahaa.... 

Oh ya nak kabarin...kami semua dah sepakat untuk menubuhkan KELAB TERJAH..  kelab ini adalah kelab untuk aktiviti2 cuti singkat seperti di Bukit Fraser ni... saper yang berminat please do pm me at my fb https://www.facebook.com/ameera.ameer.142 . But please...please...please... bercuti dengan kami ni memerlukan mental dan fizikal yang kuat sebab kami ni jenis kuat merapu dan seangkatan dengannya.... so kalau anda...anda  dan anda jenis yang malu2 ayam memang tak sesuai untuk menyertai aktiviti dengan kami.... hehehehe

akhir kata...majulah sukan untuk negara...erkkkk...hahahahaa.... jumpa lagi guys... lots of love from me.... 










Friday 15 November 2013

Ajari Aku Untuk Setia... Bab 1




Bab 1
Azri_SiRempit
33 minutes ago via mobile
..sederhana..
bagaimana nak takrifkan perkataan hidup secara sederhana?? kalau orang kaya mcm mana nk bersederhana? Dah memang kaya kan? kalau orang miskin memanglah kena bersederhana....bagi Azri mudah aje.. ade je duit.. guna.. nanti dah tua x le kempunan pulak..
Tia_the freak             :tapi jangan lupa simpan duit untuk kahwin ye Azri_SiRempit  ... J
Riza Ahmad               :A'ah..gune je sampai.habis..hahahaha..jangan sampai terambik duit jiran  sebelah sudahlah.....hahahahaha
Azri_SiRempit           : ohh Riza Ahmad.. jiran saya Along.. nanti saya pinjam la dari dia.. haha
Azri_SiRempit           : Tia_the freak.. ade simpan seratus jer..tu pun rasanya 25hb ni piniss dah.. hahaha
Riza Ahmad               :Kang x dpt bayar. ..melolong kene kejar along...tolong...tolong hahahahaha
Azri_SiRempit           : saya larik tido kelong.. x jumpe la nanti.. hehehe
Tia_the freak             : hampagas betul Azri_SiRempit... hehehehee
Azri_SiRempit           : hihihi... you olls ni kerja ape sebenarnya ye?? sama je kita.. fb manjang..
Tia_the freak             : Azri_SiRempit...pssstttt! hanya you yang tahu I rajin berfb... J
Azri_SiRempit           : oppss.. okay2 saya tutup mulut.. hehehee
Riza Ahmad               :  Hahahaha.soklan maut...kerja orang gaji jer..tu yg sambil2 buat kerja sambil2 ber fb :-D...
Tia_the freak             :  Riza Ahmad...you orang gaji... I plak keje goyang kaki jer... hehehehee
Riza Ahmad               :  you plak Azri sibuk tanya org you tak keje ke?
Azri_SiRempit           : keje saya senang aje..lepas antar surat saya mengular…hihihi
Tia_the freak             :  Azri_SiRempit the Anaconda… hahahaa
Azri_SiRempit           : Ai bukan anaconda Tia_the freak tapi I Dracula…hahaha
Tia_the freak             :  Azri_SiRempit< ---- BENGONG!

Fathia tersenyum lebar. Geli hatinya melayan komen-komen dari lelaki yang menggelar dirinya Azri_SiRempit itu. Hilang keserabutan yang memeningkan kepalanya dalam menyiapkan audit akaun syarikat pembinaan yang masih terbengkalai sejak dua minggu lepas. Akaun facebooknya terus ditutup dengan senyuman yang masih terukir di bibir.
“Amboi lebarnya senyum,” tegur Suhaili yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
Fathia mendongak kemudian tersengih pula. Pandangannya dihalakan ke arah Suhaili yang sudah berdiri di hadapannya.
“Apa cer?” soal Suhaili lagi.
“Ala, dok berbalas komen dengan budak sengal yang aku cerita kat kau hari tu,” jujur Fathia menjawab.
“Budak mana?” sudah berkerut dahi Suhaili cuba mengingati gerangan budak sengal yang disebut oleh Fathia tadi.
“Ala, Azri_SiRempit itulah,” tutur Fathia lagi cuba mengingatkan.
“Oh okay. Apa pulak status sengal dia kali ni?” Suhaili sudah tersenyum bila mengingatkan cerita-cerita sahabatnya tentang rakan facebook nya itu. Dia terus duduk di hadapan Fathia tanpa diundang.
“Pasal bersederhana,”
Entah kenapa tiba-tiba Suhaili tergelak mendengar jawapan Fathia. Kelakar pulak mat rempit sibuk buat status pasal bersederhana. Bukan dah memang hidup mat rempit sederhana saja ke? Soalnya nakal.
“Apasal?” soal Fathia hairan. Wajah Suhaili dipandang dengan kerutan didahi.
Suhaili menggeleng pula. Ada kena bebel dengan Fathia kalau diluahkan apa yang terbuku di hati. Dia selalu ingat kata-kata sahabatnya itu.
“Kita ni semuanya sama saja Elly. Kaya atau miskin sampai masa ke tanah jugak. So, dalam hidup ni tak usah terlalu mendongak ke langit sesekali kita kena jugak menunduk memandang ke bumi”
“Eh Tia, kau tak teringin ke nak jumpa mamat sengal tu?” soal Suhaili tiba-tiba. Rasanya sudah lama Fathia berkenalan dengan lelaki itu di laman muka buku. Sudah hampir setengah tahun pun.
“Tak kuasa aku!” selamba Fathia membalas.
“Mana tau mamat tu hensem giler dan kaya pulak tu,”
“Ada aku kisah?”
Suhaili tergelak lagi. Memanglah kau tak kisah babe. Sedangkan si Khairul yang kaya raya dan handsome tu pun kau bolayan inikan pula lelaki yang entah apa-apa. Mat rempit pulak tu. Desis Suhaili di dalam hati.  Oppss…bukan bolayan tapi tak boleh bersama kerana keadaan. Pintasnya pula membetulkan kenyataan.
Fathia memandang sahabatnya itu tajam.
“Okay, kau nak apa masuk office aku ni?” Fathia terus menyoal Suhaili cuba untuk mengingatkan kembali tujuan asal kedatangannya itu.
Suhaili terus menepuk dahinya. “Lupa pulak aku. Ini ha, David suruh bagi kau. Supporting document untuk audit syarikat yang kau tengah buat sekarang. Mr. Lim baru beri dia pagi tadi,” buru-buru Suhaili menyerahkan sampul surat warna coklat bersaiz A4 di tangan kepada sahabatnya itu.
Huluran Suhaili disambut. Sampul surat tersebut dibelek-belek.
“Sudah dua minggu kerja aku terbengkalai disebabkan dokumen-dokumen ni, sampaikan kerja lain pun tak boleh nak mula,” bebel Fathia sambil melepaskan keluhan. Sampul surat tersebut dibuka dan dokumen di dalamnya dikeluarkan. Satu persatu dokumen-dokumen tersebut diperiksa.
“Eh, minggu depan kau jadi ke naik KL?” soal Suhaili apabila teringatkan syarikat Pumpco Holdings Sdn. Bhd. yang sedang menunggu giliran untuk pengauditan.
“Insya-Allah, kalau audit syarikat yang aku buat ni  boleh settle dalam minggu ni, isnin depan aku naiklah. Kenapa?”
“Aku nak kirim barang untuk adik aku,”
Fathia tersenyum. “No hal,” balasnya pendek.
“Thanks babe. Apa-apa hal kau beritahu eh,” sambung Suhaili lagi dan terus bangun dari duduknya.
Tidak menjawab, Fathia hanya mengangguk sahaja.


Azri memandang Ipad di tangannya sambil tersenyum. “Bengong dikatanya aku.” Bisiknya perlahan. Berdepan dengan rakan facebook yang seorang ini memang mengujakan. Apa tidaknya status-statusnya selalu dicantas sesuka hati sahaja. Kena kutuk memang sudah biasa tapi entah kenapa dia tidak terasa langsung dengan kata-kata yang diluahkan oleh perempuan itu. Kadang-kadang timbul juga rasa ingin mengenali perempuan itu dengan lebih dekat sebagaimana dia mendekati rakan-rakan facebook yang lain. Namun entah mengapa walaupun sudah enam bulan berkenalan di laman muka buku tak pernah terluah lagi kata-kata untuk bertemu muka. Tapi untuk apa untuk bertemu? Tambahan pula perhubungan mereka hanya bersandarkan komen-komen di status sahaja dan tidak lebih dari itu tapi kenapa nama Tia_the freak itu terlalu menggamit hatinya. Rupanya saja dia tidak tahu malah tiada satu apa pun mengenai perempuan itu tertulis di profail muka bukunya. Puas berulang kali dia mengintai profail pemilik nama tersebut tapi hampa, yang ada hanya nama samaran dan cuma diletakkan gambar upin dan ipin sebagai gambar profailnya.
Azri mengeluh perlahan kemudian tersenyum lagi. Dia pasti suatu hari nanti pasti dia akan ketemu juga dengan pemilik nama Tia_the freak itu. Ini Azrilah. Tak pernah lagi Azri gagal menjejak. Kalau Azri mahu pasti dia akan lakukan apa saja untuk mencapai keinginannya. Bisiknya yakin.
Sedang dia leka berbicara dengan hati, tiba-tiba bahunya ditepuk kuat dari belakang. Azri tersentak.
“Oh mak kau!” Jeritnya lantang. Azri terus berpaling. Dadanya digosok-gosok perlahan. Melihat Juki yang sedang mengekek-ngekek memandangnya lagilah angin rasa satu badan. Rasa mahu dihempuk saja sahabatnya itu.
“Melatah!”
“Gila kau!” bentak Azri keras. Bahu Juki ditumbuk kuat. Ha, Rasakan! Bisiknya perlahan.
“Woi, Agak-agaklah wei!” lantang Juki bersuara sambil menggosok-gosok bahunya perlahan. Dia terus duduk di hadapan sahabatnya itu dengan sengih yang masih bersisa.
Azri terus terdiam. Hanya penumbuknya saja yang di tunjukkan ke arah lelaki itu.
Juki tergelak sambil tangannya diangkat tanda mengaku kalah.
“Mengular?”
Azri mendongak dan menjeling sahabatnya itu sekilas.
“Mengular apanya. Aku baru balik dari site lah,” perlahan tapi keras dia menjawab. Air milo ais di hadapannnya dicapai kemudian dikacau sebelum dihirup perlahan.
Juki tersengih. Tangannya diangkat dan dilambaikan ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari situ.
“Nescafe tarik,” ucap Juki sebaik pelayan menghampiri meja mereka.
“Kau dari mana ni?” soal Azri sambil mengerling pandang sahabat di hadapannya itu.
“Dari office JKR. Ada meeting tadi,” perlahan Juki membalas sambil melepaskan keluhan berat.
“Kenapa? Projek ada masalah ke?”
“Biasalah. Payment sangkut. VOP tak approve,”
Azri tergelak. “Itulah aku dah pesan, dokumen kena record betul-betul. Bila dah jadi macam ni mulalah kelam kabut nak cari back up,” bidas Azri sinis.  
Juki mencemik. “Kau senanglah cakap. Kau tu QS. Perkara macam ni kacang aje bagi kau,” telah Juki pula.
Azri melepaskan gelak lagi. Memang baginya perkara-perkara begitu hanya dicelah gigi sahaja. Setakat nak menyelesaikan final account bukan masalah besar baginya. Sap Sap Soi!
“Nak aku tolong ke? Tapi kena ingatlah, consultant fee mahal tau,” sambung Azri lagi sambil angkat kening.
“Kalau kau boleh settlekan aku sanggup bayar berapa pun tapi agak-agaklah jangan melampau sangat. Aku pun kerja makan gaji aje,”
Azri tersengih. “Aku tahulah. Kau hantar semua rekod claim kat rumah aku nanti aku settlekan,”
“Beres bos!” balas Juki sambil tersenyum lebar.


Wednesday 30 October 2013

Dicintai atau Mencintai di pasaran...



Assalamualaikum dan selamat petang...

Entah kenapa rajin pulak lately ni dok bukak tutup blog walaupun without update any entry untuk e-novel2 yang dah lama terbiar....(bukak tutup blog memang no hal tapi nak nulis mmg banyak hal...hehehe) 

Hari ni nak cerita pasal DAM...Dicintai atau Mencintai...karya ketiga saya dan bernaung dibawah syarikat penerbitan baru iaitu Karyaseni.....Alhamdulilah n tak sangka KS sudi menerbitkan karya yang tidak seberapanya ini... TQ KS... tq to all the KS teams... :)

Nak tahu my feeling? to be honest masa mula2 I dapat call dari one of the KS's staff n  beritahu mss ai akan diterbitkan ai rasa macam blur kejap... otak tak leh nak proses especially masa tu ai tengah drive...agak kalut jugaklah n tak dan nak tanya macam2.... lepas letak telefon ai terus berhentikan kereta tepi jalan and take a deep breath sedang dalam otak dok fikir eh betul ke ni? betul ke ni?  terujalah konon... kih3

N u know what...I semakin teruja sebaik KS email me the cover of the book... OMG! OMG! sangat2 cantik.... rasa macam nak lompat bintang masa tengok cover tu... very colourfull n sweet...ai sangat2 puas hati... okay disebabkan cover ni ramai yang dok kejar ai mintak coklat...so sorry guys sebab kilang coklat dah tutup....hehehee


Ketika pertemuan dengan rakan2 pembaca, ramai yang tanya macam mana ai dapat idea sehingga DAM berjaya dihasilkan....jawapan ai senang jer...hasil dari dok berangan hari2 ... (sengalkan penulis ni...hahahahaha)

Nak tahu tak  siapa yang ai bayangkan untuk watak2 dalam DAM?...jom kita skodeng... kikikiki


This is the hero.....Zariq (sangat hensem kan?? Kalau u olls baca romantik terlebih tu sebab ai  dah terlebih angau kat dia lah tu... hahahaa...) 







This is the heroin... Qyra (cun kan???) 
Watak2 lain...ha ini dia.... Azmin, Naja, Syed Amir yang mental , Iqbal yang cool dan Sarnia si gunting dalam lipatan.... watak mak bapak tu korang imejin ler sendiri... hehehe


Gambar2 di atas itu hanya bayangan ai sebagai penulis  untuk ambil mood lah katakan..... U olls blh bayangkan sesiapa sajer asal jangan bayangkan ai as heroin....sangat2 x sesuai hokey....hahahahhaaa.....

DAM ditulis dengan pelbagai rasa dalam hati... ada ketika ai senyum sengih sorang2...ada ketika ai rasa nak marah...n ada ketika ai menangis teresak2 (jadi penulis mmg beginilah keadaannya....dok meroyan sorang2...hehehe)  nak tahu situasi  apa dan ayat2 yang membuatkan airmata ai menitis ketika menulis karya ini? jom baca.... 

Ini situasi selepas hubungan percintaan Zariq n Qyra dilanda badai.... 

“I rasa I kuat berdiri tapi sebenarnya I dah lama jatuh. I rasa I dah menang tapi selamanya I adalah orang yang tewas. I rasa I berpunya tapi  sebenarnya I masih keseorangan,” - Ketika Zariq meluahkan rasa kecewanya.... 

“Zariq, I selalu berharap walau harapan itu sudah tiada. I selalu menanti walau I tahu penantian itu sia-sia. I cuba percaya bahawa semuanya ini adalah mimpi walaupun hakikat yang sebenarnya inilah realiti.....dan akhirnya I akan mendongak merenung langit sambil berdoa...Ya Allah, kau kembalikanlah rasa itu, kau kembalikanlah sayang itu dan kau  kembalikanlah lelaki itu kerana sesungguhnya aku sangat mencintainya....” - Ketika Qyra melepaskan kelukaannya...

Tarik nafas dalam2 kerana menaip sambil lap2 airmata....sorry jiwa penulis ni memang kecik jer so sikit2 nak meleleh airmata... hehehe 

Hari ini 30 Oktober 2013 maknanya sudah  2 minggu DAM dipasarkan... Alhamdulilah setakat ini banyak komen2 positif yang diterima mengenai karya ini....terima kasih.. terima kasih dan terima kasih... ucapan ikhlas dari hati kerana sudi memiliki karya yang tidak seberapanya ini... karya biasa dari penulis yang juga biasa2... jika ada yang baca n karya ini tidak menepati piawaian jiwa dan hati anda...harap diampun kerana jiwa kita berbeza... :)  

Akhirnya...... ya akhirnya pengembaraan DAM  menemui nokhtahnya.... doa saya semoga karya ini diterima seadanya....saya tak perlukan pujian setinggi bintang tetapi cukuplah sekadar apa yang tersurat  n tersirat di dalam karya ini memberi sedikit pengajaran buat pembaca... yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya.... wallahualam.... 

Salam sayang dari saya....

Ameera Ameer @ Myra Ameer 



Monday 28 October 2013

Sepetang di Xanax - DAM


Assalamualaikum dan selamat petang.... hai..hai..hai... :) senyumku di dalam duka di sebabkan kelalaian sendiri..... haishhh

Dah penat kalut trace back all the doc yang dah di 'flush' kan, skrg ai nak rehatkan diri...nak tarik nafas dalam2 sebelum meneruskan semula semuanya dari A to Z...huwaaaa....pity me!

Okay, ai nak share gambar2 yang sempat disnapkan  dengan teman2 FB yang juga peminat novel  di Xanax Kuantan pada 19/10/13..... jom kita layanzzzz.....




with ieyna...peluk dan cium ketat2 katanya....  :) 
With Saharina ...  :) 

with my old2 friend... Hana Hassan.... 

Ini Farhana... finally we met... selalu jumpa kat FB je kan hari tu face to face...  :)


Us... abaikan background kat belakang tu... kami bukan datang untuk audition Idol tu yer.... .sangatlah tidak layaknya.... hehehehee...

With Nur Zakiah....sangat kecil orangnya.... serius ai tak sangka comei jer dia.... :) 
Roshaniza...ayunya aksi... kih3

Aksi jer yang lebih ni.... hehehe

snap...snap n snap.... hehe


Pertemuan pertama juga.... kerana DAM mereka bertemu... wallahhhhh.... 

Wah meriahnya DAM di situ.... hik2


US with DAM .... jejaka di situ namanya sharul (yg pakai baju coklat) ...di sebelahnya tak sempat Ai nak kenal.... 

Aksi terakhir sebelum bersorai.... yippi...yippi.... :) 

the best part...I dapat coklat besar... thanks Nur Zakiah.... 
Sepetang yang riuh....yang kecoh dan yang meninggalkan kenangan... thanks guys sebab luangkan masa untuk kita gather2... banyak yang kami bualkan petang tu... bercerita tentang novel n macam2 ... paling best di situ hanya ada kami sahaja n sebab itulah kami sakan snap picture dengan gaya mengada2...hehehehe...

Hopefully, lain kali akan ada pertemuan yang serupa n  lebih meriah lagi..Insya-Allah... akhir kata terima kasih kerana menyokong karya penulis biasa seperti saya... erkkk...hehehehee

Wassalam.... Daaaaaa..... :)




Friday 18 October 2013

Sepetang Bersama Ameera Ameer....DAM


Assalamualaikum dan selamat petang....

Dah lama rasanya saya tidak mencoret sebarang update, info or anything di blog merah ni...kesibukan sangat2 menyekat masa saya untuk terus ber 'bloging' n meng 'update' semua e-novel yang tersiar di dalamnya. Maaflah pada yang mengikuti e-novel2 tersebut... setelah menamatkan AJARI AKU UNTUK SETIA saya masih lagi berehat dari menulis... :)

Ok...hari ni saya nak story mory tentang DAM...bukan DAM haji or DAM ular okay tapi Dicintai atau Mencintai... karya terbaru saya yang mula berada di pasaran sejak 10/10/2013.... Alhamdulilah, penantian itu akhirnya berakhir dan nah! DAM sudah berada digenggaman...hehehee...excited u...(mungkin inilah yang dirasai oleh hampir semua penulis apabila memegang naskah hasil tulisan sendiri...)

DAM ditulis pada Ogos 2012 dan menemui titik noktah awal Disember 2012... dihantar ke penerbit dan akhirnya bulan 10 dibukukan... sekali lagi terima kasih Allah kerana sentiasa memberikan jalan yang indah untuk saya lalui.... Alhamdulilah....

Bersempena terbitnya DAM...teman2 rapat telah menganjurkan majlis pertemuan SEPETANG BERSAMA AMEERA AMEER - DAM pada 12/10/13... terima kasih yang tak terhingga pada teman2 yang tidak pernah jerih menyokong dan memberi semangat kepada saya selama ini... Terima kasih...budi kalian akan sentiasa saya kenang... :)..

Okay I dah malas nak tulis banyak2 nanti menitis pulak air mata...touching u...so  jom kita tengok gambar2 ketika aktiviti tersebut diadakan....


Antara yang menyumbang tenaga, idea dan lawak jenaka....


toke macaroni bakar n tapai pulut....
Pertemuan yang merapatkan ukhwah...
masa ni I tengah pilih no untuk tukar2 hadiah...cuak ooo takut dapat hadiah sengal yang  melampau dari mereka2 itew.... di sebelah kanan I, our supermak Rosni Musa... tak ada dia mmg tak makanler kami2 ni semua.... hehehe...di sebelah kiri mak antu tengah tersengih jahat kemain....
kek sponsored by Cikgu Wan Tempe....tq cikgu..
celebrating cikgu wan tempe's birthday.... happy birthday cikgu... 
amboiii kak Jue xcited kemain ekkk.... hehehee
karipap hasil tangan supermak Rosni Musa....awak karipap awak buat memang best.... lain kali buat lagi ekkk.... yg dalam bungkusan tu Nasi Kerabu hasil tangan Melawati Ali... mmg superb
Macaroni bakar ohsem dari kak ina mawar putih dan rendang ayam dari kak Jue...sedap bangat...
happy hour time.... enjoy
Santai n makan2 time....
dok sibuk nak tengok hadiah....
Me...sangat cuak...n guess ai dapat apa????

masing2 tunjuk hadiah.... its really fun....
Kami yang terover excited....hehehee
 
and finally......KAMI... WAN TEMPE anda memang penceria suasana.... miss this moment so much... kih3




Actually banyak lagi gambar tapi malas nak upload banyak2...nanti ai upload kat group jer.... apapun thanks pada kamu...kamu dan kamu semua kerana bersusah payah untuk menjayakan majlis tersebut.... I really appreciated it....love all of you deep2....  babaiiiiiiii...



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...