Followers

Wednesday 2 January 2013

Tolong cintai aku... untuk sekali lagi...Bab 2





 Bab 2
Haiqarl melangkah malas memasuki ruang legar syarikat milik papanya itu. Papan tanda yang gah dan terlekat kemas didinding masuk pejabat itu dipandang tak beriak. Zikri Land & Property Holdings Sdn. Bhd. Sangat gah segah pemiliknya. Datuk Zikri Hashim Bin Datuk Ahmad Basir. Bisik Haiqarl sinis. Siapa yang tidak kenal dengan nama itu. Bukan setakat terkenal kerana kekayaannya tapi juga sikap buaya daratnya. Engkau pun sama Haiqarl. Dua kali lima saja dengan papa kau. Bisiknya di dalam hati sambil tersenyum nakal dan terus melewati pintu masuk untuk menuju ke arah lif yang berada di sebelah kiri bangunan tersebut. Lif ditekan untuk naik ke tingkat tiga. Sebaik pintu lif terbuka, Haiqarl terus keluar dari perut lif dan berjalan masuk.
"Haiqarl, apa kau buat dekat sini?" tegur Badrul sebaik terlihat kelibat Haiqarl melintasi ruang pejabat menuju ke arah bilik Datuk Zikri. Terkejut dia apabila Haiqarl tiba-tiba muncul di situ. Salamnya dihulurkan.
Langkah Haiqarl terhenti. Wajah lelaki di hadapannya itu dipandang lama kemudian dia tersenyum.
"Hai Bard, apa khabar? Lama tak jumpa," balas Haiqarl mesra sambil huluran salam Badrul disambut.
Badrul  tersenyum kemudian mengangguk.
"Khabar baik. Kau buat apa dekat sini?" soalnya lagi.
"Hurm..saja singgah dan menjengah," balas Haiqarl sambil tersenyum nipis. Dia pun malas hendak datang ke situ kalau bukan sebab mamanya beria-ia menyuruhnya singgah  pagi tadi. Banyak lagi urusan lain yang dia boleh buat dari ke situ.  
Badrul tergelak. "So, bila nak mula melaporkan diri?"
Haiqarl terdiam. Senyuman masih terukir di bibir. "Aku nak ambil mood dulu sebelum melapor diri, sebab itulah aku datang," seloroh Haiqarl pula.
Sekali lagi Badrul tergelak. "Macam-macamlah kau," tingkahnya perlahan.
"Okaylah, aku nak jumpa big boss dulu," sambung Haiqarl lagi sambil menepuk bahu lelaki di hadapannya itu.
"Bard…"
Baru saja Badrul ingin membalas kata-kata Haiqarl namanya dipanggil oleh seseorang. Badrul berpaling. Haiqarl juga turut sama memandang ke arah pemanggil tersebut. Terpandangkan perempuan yang sedang menghampiri mereka ketika itu, jantung Haiqarl terus berdegup. Pandangannya ditancapkan terus ke wajah perempuan itu. Bukankah itu perempuan yang ditemuinya di dalam lif ketika dia ke pejabat Ikram beberapa hari lepas? Soalnya di dalam hati. Semakin dekat perempuan itu menghampiri semakin tajam matanya memerhati. Yes, she’s the one!
"Yes Lisa, what's up?" soal Badrul kepada perempuan yang sudah berada di hadapannya itu.
"Can I see you for a while? There is something I need to discuss with you." tutur Mellisa perlahan tanpa memandang ke arah lelaki yang sedang leka memandangnya ketika itu. Dokumen ditangannya ditunjukkan ke arah Badrul.
"Sure," sepatah Badrul membalas.
"Oh ya Lisa, sebelum tu mari I kenalkan Encik Haiqarl Hazir, anak Datuk Zikri," sambung Badrul lagi sambil tangannya ditunjukkan ke arah Haiqarl di hadapannya.
Mellisa berpaling ke sebelah. Wajah lelaki tersebut di pandang tak beriak. "Mellisa," tutur Mellisa sepatah sambil memandang ke arah Haiqarl di sebelah. Tiada segaris senyum pun yang dihulurkan.
"Haiqarl," balas Haiqarl memperkenalkan dirinya.
Mellisa mengangguk dan terus berpaling memandang Badrul semula.
"So Bard, shall we?"
Badrul mengangguk dan terus meminta diri untuk beredar. Haiqarl mengangguk. Tanpa menoleh ke arah Haiqarl di sebelahnya, Mellisa terus mengekor langkah Badrul.
Haiqarl sudah terkedu di situ. Langkah Badrul dan Mellisa disoroti sehingga hilang dari pandangan. Amboi, sombongnya. Tingkahnya di dalam hati kemudian dia tersenyum.
“Tak apa, yang jinak-jinak merpati itulah yang mencabar. Yang mencabar itulah yang menarik.” Bisiknya nakal.  


Haiqarl mengetuk pintu bilik papanya perlahan. Mendengar suara Datuk Zikri dari dalam, Haiqarl terus membuka pintu dan berdiri dimuka pintu.
"Haiqarl," sapa Datuk Zikri seakan terkejut. Apa tidaknya tiba-tiba saja Haiqarl muncul di pejabatnya tengahari itu.
Haiqarl yang masih berada dimuka pintu terus melangkah masuk. Pintu bilik papanya itu di tutup rapat kemudian dia terus berjalan dan duduk di hadapan lelaki separuh umur itu. Wajah terkejut Datuk Zikri dipandang dengan senyum di bibir.
"Apa mimpi datang pejabat papa hari ni?" soal Datuk Zikri hairan.
"Saja nak ambil mood," balas Haiqarl berseloroh.
Datuk Zikri tergelak. "Nak ambil mood nak buat apa kalau hati tu tak ada langsung nak belajar untuk suka," tutur Datuk Zikri sinis.
Haiqarl tersenyum. "Qarl dah buat keputusan nak tolong papa," laju saja ayat itu terkeluar dari bibirnya.
Datuk Zikri terdiam kemudian tersenyum memandang anak lelaki sulongnya itu. Macam tak percaya dengan apa yang didengari tadi. Memang dia gembira sangat dengan keputusan yang Haiqarl telah buat. Lapang dadanya apabila memikirkan legasi perniagaannya itu akan ada yang mewarisinya.
"Bila Qarl nak mula?" soal Datuk Zikri dengan senyuman lebar menghiasi bibir.
"Bila-bila masa aje pa. Qarl dah sedia untuk bantu papa," balas Haiqarl yakin. Tiba-tiba saja keputusan itu dibuat dan dia sendiri pun tidak tahu mengapa. Adakah kerana perempuan yang bernama Mellisa itu dia berubah fikiran? Soalnya di dalam hati.
Datuk Zikri mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Wajah anak lelakinya itu dipandang dengan riak kelegaan.
"Papa memang nak Qarl mula secepat yang mungkin tapi papa tak nak memaksa. Kalau Qarl masih perlukan masa papa izinkan tapi jangan lama-lama sangat."
"Qarl akan mula esok," pantas Haiqarl membalas.
Sudah terangkat kening Datuk Zikri mendengar jawapan anak lelakinya itu. Pelik. Sebelum ini susah sangat Haiqarl hendak membuat keputusan tapi kini bila dia memberikan masa tak bertangguh-tangguh pula Haiqarl memberi jaminan. Datuk Zikri terus bangun dari duduknya dan terus berjalan menghampiri anak lelakinya itu.
"Terpulang pada Qarl, lagi cepat lagi bagus," balas Datuk Zikri pula. Bahu anaknya itu ditepuk-tepuk perlahan.
Tidak menjawab Haiqal hanya mengangguk saja. Maka esok akan bermulalah episod baru dalam hidupnya. Episod mengejar Mellisa. Yes, Mellisa! Mengingatkan nama itu Haiqarl sudah tersenyum sendiri. Nak buat sombong dengan aku kan. Mulai esok kau akan kenal siapa lelaki yang bernama Mohd Haiqarl Hazir Bin Datuk Zikri. Kalau kau tak terkulai layu di kaki aku, jangan panggil aku Haiqarl. Bisiknya perlahan dan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.


3 comments:

  1. mencabar jiwa la citer nie sis... heheheheh

    ReplyDelete
  2. ayarrkkk...jiwa plak yang tercabar ye ienaz??? hehehee

    ReplyDelete
  3. amboiiii...Haiqarl, bermula episod mengejar Mellisa yer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...