Followers

Wednesday 29 May 2013

Ujian itu bukan hanya untukmu...




ALLAH S.W.T berfirman, “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah TUHAN dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang, kerana dengan sesungguhnya  ALLAH menyertai (menolong ) orang yang sabar” – Surah Al-Baqarah ayat 153

Ketika diri diuji kita tertanya2 mengapa perlu diuji? Mengapa orang lain senang, kaya dan bahagia kita pula yang berduka. Ketika kejujuran dipersembahkan, kita pula menjadi mangsa dek kesilapan orang lain. Mereka berbahagia, bergelak ketawa sedangkan kita pula berduka lara dan berlinang air mata. Apakah itu tanda bahawa ALLAH tidak sayangkan kita? Ingatlah, ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan sia-sia.

Petikan di atas aku ambil dari buku hasil tulisan Ustaz Kazim Elias – Tuhan sedang menguji kita. Banyak yang aku kutip dari buku setebal 317 halaman tersebut. Ada sesuatu yang menarik yang telah menjentik naluri aku hingga membuatkan aku hampir menitiskan air mata.  Ianya menyedarkan aku dan membuatkan aku bersyukur tentang sesuatu.



Kehidupan ini bukan seindah yang kita bayangkan. Bukan juga semudah yang kita impikan.  Kita mengharapkan sinar yang muncul itu akan terus menerangi perjalanan kita tapi hakikatnya dipertengahan kita akan diuji.  Hanya kita yang tahu keperitan sesuatu ujian yang Allah berikan. Kita akan merintih dan bertanya, mengapa aku?… mengapa bukan dia?… apa salah aku?…apakah dia tidak pernah bersalah sehingga dia tidak pernah merasa ujian yang aku tanggung? Ah…kejamnya kita apabila menudingkan jari pada yang di ATAS sana kerana berfikir kita tidak diadili dengan sewajarnya. Dimana sikap rendah dirimu terhadap penciptamu wahai manusia?


Aku pernah berbicara dengan seorang teman. Mendengar luahan hatinya dan satu kata-katanya yang paling aku ingat sekali…

Biarlah aku diduga kerana dugaan itu mengingatkan aku untuk terus beriman kepadaNYA… aku redha dengan apa yang Allah berikan kerana aku yakin ada hikmah yang menanti aku di sana nanti…

Betapa kuat dan tabahnya hatimu teman dan aku yakin Allah akan membalas kesabaranmu itu….

“Demi sesungguhnya! KAMI akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali” – Surah Al-Baqarah ayat 155-156




P/S : Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki kerana sesungguhnya ada insan lain yang mencemburui apa yang kamu ada…  bersabarlah dengan dugaan yang kamu terima kerana sesungguhnya kamu adalah insan yang dipilih OLEHNYA….


2 comments:

  1. setiap kali ade dugaan dan ujian yg allah berikan pada sue, satu yg selalu sue igt kak.. Allah tidak akan pernah menguji umat-Nya lebih atau di luar batas kemampuan umat-Nya.. jd, sentiase ingt setiap dugaan yg dihadapi itu yg kita mampu untuk menjalaninya...

    ReplyDelete
  2. ye betul tu tapi ramai yang mengeluh setiap kali diuji...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...