Followers

Wednesday 21 August 2013

Tolong cintai aku....untuk sekali lagi.... bab 4




Mellisa mengerling jam ditangannya. Setelah lima minit menunggu di hadapan bangunan enam tingkat tersebut, tiba-tiba muncul sebuah Lamborgini Gallardo berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Mellisa kaget. Cermin penumpang diturunkan. Mellisa menunduk kemudian pandangannya dijengahkan ke arah pemandu kereta tersebut. Anak Datuk Zikri rupanya. Bisiknya perlahan.
“Come,” tutur Haiqarl sepatah dan dengan senyum meleret. Melihat riak Mellisa ketika itu lagilah lebar senyumannya. Mana ada perempuan yang tak teruja kalau dapat naik kereta mewah macam itu lebih-lebih lagi dipandu oleh lelaki kacak sepertinya. Hehe…
Mellisa menurut saja. Pintu kereta dibuka dan dia terus masuk ke dalam perut kereta. “Ermmm…nice car,” tutur Mellisa tak beriak sambil membetulkan duduknya. Tali pinggang keledar dipasang dan dikemaskan.
“Sesuailah dengan I yang kacak ni kan,” balas Haiqarl selamba.
Mellisa terkedu. Wajah Haiqarl dikerling sekilas. Apa punya perasan sangat lelaki di sebelahnya ini. Memanglah diakui lelaki yang bernama Mohd Haiqarl Hazir ini kacak orangnya tapi ada dia kisah? Tak kisah langsung pun dan tak akan pernah ambil kisah!  Dia kembali ke Malaysia dengan satu tujuan dan kerana tujuan yang satu itulah dia bekerja di Zikri Land & Property Holdings Sdn. Bhd. Dia tak mahu apa yang diusahakan ini menjadi sia-sia. Apa yang dicari mesti ditemui.  Itu tekadnya sejak kali pertama melangkah ke syarikat  tersebut.
“Kita nak ke mana ni?” soal Haiqarl apabila melihat Mellisa hanya terdiam saja di sebelahnya.
“One Utama,” sepatah Mellisa membalas.
“One Utama?” soal Haiqarl hairan dan dengan sengih nakal.
“Office peguam client kita di situ,” mengerti dengan cara pandangan lelaki di sebelahnya itu, Mellisa pantas bersuara.
“Oh okay… I ingat you nak ajak I shopping dekat situ,” bisik Haiqarl mengusik.
Mellisa berpaling dan menjeling Haiqarl tajam. Tak kelakar langsung! Siap bisik rapat-rapat pulak tu. Ulat bulu ke ulat beluncas baru nak menjadi ni! Gumamnya di dalam hati.
“Just kidding,” pendek Haiqarl bersuara apabila melihat pandangan tajam gadis di sebelahnya itu.  Gallardo hitam miliknya itu terus di pecut laju.
“Kita lunch dulu,” bersahaja Haiqarl bersuara sebaik keluar dari perut keretanya. Alarm kereta ditekan.
“As you say Encik Haiqarl,” tak kuasa membantah Mellisa mengiakan dan mengekor sahaja langkah lelaki itu. Cakap banyak pun tak guna rasanya dengan lelaki ini. Lagaknya saja dah macam dictator. Itu baru berkerjasama sehari. Lebih lama dari itu, entah macam manalah agaknya. Kerek nak mampus pulak tu. Kutuknya lagi.
“You nak makan apa?” soal Haiqarl  sambil mengerling gadis di sebelahnya sekilas.
“Anything will do,”
Mendengar jawapan Mellisa, Haiqarl mengangguk dan dia terus berjalan menuju ke sebuah restoran makanan barat yang terletak di tingkat satu pusat membeli belah terkemuka itu. Tempat yang agak jauh dari pengunjung lain dipilih. Sengaja hendak lebih privacy. Sebaik mereka duduk, pelayan terus datang menghampiri dan menu diserahkan. Sambil membelek-belek menu di tangan anak mata Haiqarl asyik menjeling pandang gadis di hadapannya itu. Riak selamba dan gaya elegant Mellisa memang memikat hatinya. Belum lagi apabila terbau haruman dari tubuh gadis itu.
“Pejabat peguam tu di mana?” soal Haiqarl berbasi-basi sebaik makanan dipesan dan pelayan beredar dari situ. Sengaja hendak memancing bicara gadis di hadapannya itu.
“Bangunan sebelah ni aje,”
Haiqarl mengangguk pula. Pandangannya dibuangkan ke sekililing. Entah kenapa otak jadi jammed. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ditanyakan dan dibualkan tetapi tiba-tiba hilang semuanya. Magik apa yang Mellisa guna agaknya sehingga dia boleh hilang kata-kata. Haiqarl berdehem. Mellisa yang sedang leka melayan Note di tangannya sedari tadi terus mendongak. Keningnya di angkatkan.
“Shall we?” ajak Haiqarl sopan sebaik sahaja pesanan mereka dihidangkan.
Mellisa tersenyum dan mengangguk. Hidangannya terus dinikmati tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya itu.
Suasana menjadi sepi lagi. Haiqarl sudah semakin hilang arah. Mellisa di hadapannya itu dikerling sekilas. Makan tak toleh kiri kanan. Memang selamba giler. React as if I’m not here… as if she’s alone. Seriously, she’s really something! Bisik Haiqarl di dalam hati.
“Dah lama ke you bekerja dengan Zikri Land?” soal Haiqarl tiba-tiba. Akhirnya terkeluar juga suara dari kerongkongnya. Mana boleh tahan dari tadi hanya diam saja. Hampir pecah dadanya menahan rasa. Pandangannya di halakan tajam ke arah Mellisa semula. Rasa macam ada magnet pula menyebabkan matanya itu seolah tidak mahu kalih dari memandang gadis itu.
Mellisa mendongak. Pandangan mereka bersatu seketika. Mellisa berdehem perlahan.
“Baru enam bulan,” pendek Mellisa menjawab. Kepalanya ditundukkan semula memandang makanan di atas meja. Rasa rimas pula dengan pandangan tajam lelaki itu. Mata si helang yang gatal! Kutuknya selamba.
“Sebelum ni kerja di mana?” soal Haiqarl lagi.
Mellisa mengangkat kepalanya dan memandang Haiqarl semula. Garpu dan pisau di tangannya diletakkan ke dalam pinggan semula kemudian pinggan itu ditolak ke tengah sedikit. Mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari lelaki itu terus hilang seleranya.
“You nak interview I ke?” soal Mellisa sinis. Kedua-dua tangannya dipelukkan ke tubuh. Pandangan Haiqarl dibalas tajam.
Haiqarl tersenyum. “Cik Mellisa, kita akan bekerja bersama jadi tak salah rasanya kalau I nak tahu  serba sedikit tentang you,” balas Haiqarl tenang. Wajah gadis yang sudah mula terganggu itu dipandang lama.
Mellisa terdiam. Lama.
“Okay, for your information Encik Haiqarl, sebelum ni I bekerja dengan papa I di US,”
“Company papa you?”
Mellisa menggeleng. “We worked at the same company,”
“Syarikat hartanah juga?”
Mellisa mengangguk pula.
“Hurm.. patutlah muda-muda lagi dah dapat pegang jawatan besar,”
“You sindir I ke? Am I not qualified?” sinis Mellisa menyoal.
Haiqarl tersengih. Kepalanya digelengkan. “Don’t get me wrong Lisa, I kagum sebab tak sangka dalam usia you yang masih muda you sudah berada di kedudukan sekarang,” 
Mellisa tersenyum sinis. “Thanks for your compliment Encik Haiqarl, tapi kata-kata you menunjukkan seolah-olah I ni tak layak,”
Haiqarl menghela nafas perlahan. Baru saja hendak menarik minat gadis itu tapi boleh pulak dia  tersalah cakap. Apa ke bodoh sangat kau ni Haiqarl! Marahnya pada diri sendiri.
“I’m sorry Lisa but I don’t mean it… seriously I’m sorry,”
Mellisa mendengus. Sakit hati mendengar kata-kata Haiqarl tadi. “Just forget it,” ucapnya perlahan. Malas hendak memanjangkan isu.
Haiqarl mengangguk dan terus terdiam. Pheuww… tak pasal-pasal mood nak menggatal terus bertukar. Bisiknya.



“Floor 18,” tutur Mellisa perlahan.
Haiqarl mengangguk. Butang bernombor 18 ditekan. Bukan tingkat 18 pejabat Ikram ke? Soal Haiqarl di dalam hati. Namun pertanya itu tak terluah.
Sebaik melangkah saja ke pejabat Tetuan Ikram Faez dan Basir., Haiqarl terus tersengih. Tak sangka kau yang lebih dulu kenal Mellisa, Ikram. Tapi sampai hati kau tak pernah kenalkan pada aku. Bisiknya di dalam hati. Kakinya dihayunkan perlahan mengekor langkah Mellisa menuju ke bilik Ikram. Sebaik pintu bilik Ikram di ketuk, mereka pun terus masuk.
“Assalamualaikum and afternoon Ikram,” sapa Mellisa sopan.
Salam Mellisa dibalas perlahan. Ikram terus tersenyum kemudian dia berpaling ke arah lelaki di sebelah Mellisa.
“Qarl!” sepatah perkataan itu yang keluar dari mulut Ikram ketika itu. Tak sangka Haiqarl muncul di pejabatnya dalam keadaan begitu. Berkemeja kemas siap bertali leher dan yang pasti kedatangannya adalah bersama Mellisa.
“Of course lah aku,” balas Haiqarl sambil tersengih. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman. Ikram menyambut dan turut tersenyum.
“Bila mula ni?”
“Today is my first day,” balas Haiqarl tak berjiwa.
Mendengar jawapan Haiqarl, Ikram tergelak lagi kemudian pandangannya di halakan ke arah Mellisa di sebelah Haiqarl.
“Hai Lisa, how are you?” soal Ikram lagi sambil menghulurkan senyum manis ke arah gadis di hadapannya itu.
“I’m fine Am, thank you.” balas Mellisa ramah. “You all berdua ni dah kenal ke?” soal Mellisa hairan. Gayanya macam dah kenal lama saja.
Ikram tergelak. “He’s my best friend Lisa. Since standard one lagi,”
“Oh ye ke?” soal Mellisa dengan dahinya dikerutkan memandang kedua-duanya.
Haiqarl mengangguk mengiakan.
“Ermm…senanglah urusan kita lepas ni sebab you all berdua best friend,”
Ikram tergelak. “Bukan jadi makin senang nanti Lisa tapi makin memeningkan kepala I, your  boss ni cerewet orangnya. I prefer deal with you rather than with him,” seloroh Ikram pula.
Sudah mencerlung mata Haiqarl memandang sahabatnya itu. “Kau ni Am kalau nak mengutuk pun agak-agaklah,” bisik Haiqarl perlahan dan rapat ke telinga sahabatnya itu. Jatuh saham depan Mellisa kalau tak habis-habis dikutuk Ikram nanti.
Ikram tergelak.
“So you all dah makan ke belum ni?” soal Ikram lagi cuba mengubah topik perbualan.
Mellisa dan Haiqarl sama-sama mengangguk.
“Kalau macam tu come, have a sit. I tunjukkan final draft contract resort di Pulau Sipadan tu,”
Mellisa dan Haiqarl terus saja duduk menghadap Ikram, sementara tangan Ikram pula sedang sibuk mengambil fail kertas di antara timbunan fail di atas mejanya.
“So Lisa, this is the the latest draft. I dah discuss dengan Mr. Han, kalau semuanya okay this will be the final,”
Mellisa meneliti perjanjian yang dihulurkan oleh Ikram tadi. Di belek satu persatu. Haiqarl hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Mellisa ketika itu. Dia bukannya tahu apa-apa pun.
“Okay, let me go through this aggrement first. I’ll check with our lawyer than I’ll come back to you. I pun harap ini final. So, what do you think Encik Haiqarl?” soal Mellisa sambil memandang tajam ke arah lelaki di sebelahnya itu.
“I think you know better,”  balas Haiqarl pendek. Jawapan selamat.
Mellisa mengangguk. “So Am, can I take this copy,”
Ikram tersenyum kemudian mengangguk. “Sure,”
“Am, I harap lepas kita setuju dengan semua syarat-syarat ni kita boleh pergi tengok resort tu semula. Sebelum perjanjian di tandatangani I rasa lebih baik kita inspect tempat tu sekali lagi. I tak nak ada problem lepas perjanjian dimeterai,”
“Sure Lisa, no problem. Just let me know bila you nak pergi. I’ll arrange for you,”
Sekali lagi Mellisa mengangguk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...