Followers

Friday 21 February 2014

Misi Curi Hati Dia.. Bab 4



Azri_SiRempit
3 minutes ago via mobile
Temu janji.
Salahkah bertemu? Berdosakah untuk saling mengenali? Azri jujur berkawan dan ikhlas untuk saling mengenali..
Azri..kecewa kerana niat baik disalah erti.
Riza Ahmad     :Saperlah yang tolak temu janji dengan you ya Azri_SiRempit . Sadis betul.kih3
Liza Hashim                : Orang tak sudi carilah yang lain Azri.hehehee
Azri_SiRempit : Adalah seorang hamba Allah tu. Sampai hati kecewakan saya.< ---- sengaja up status macam ni biar dia TERASA
Riza Ahmad     : Macam perempuanlah you ni Azri. Merajuk entah apa2. :P
Tia_the freak   : Alahai siannya you Azri_SiRempit . Mesti orang tu ada hal kut sebab tu tak boleh jumpa you. Maafkan lah dia. J
Azri_SiRempit : Tia_the freak. ada hal or sengaja? Hanya dia saja yang tahu.. Azri sedar diri. L
Riza Ahmad     : Amboii Incik Azri memang tengah merajuk sungguh ni.Buruk ler rupa yang tak berapa nak handsome tu. hahahaa
Tia_the freak   : Hahaha.Riza Ahmad punya statement memang tak boleh blah.TERBAIK!
Azri_SiRempit : Riza Ahmad.I bukan setakat merajuk aje tau tapi I memang kecewa sangat2 ni.
Tia_the freak   : Sebab hari ni Azri_SiRempit merajuk. I nak buat statement baik2 aje. Bersabar Azri mungkin satu hari nanti boleh jumpa..
Liza Hashim    : Betul tu apa yang Tia_the freak cakap. Susah2 sangat awak aje lah pergi cari dia Azri.Kata orang tu kalau dah suka kejar sampai dapat.ngeh3
Riza Ahmad     :Betul Azri. kalau dah suka sangat tu terus hantar rombongan meminang aje.kih3
Tia_the freak   :Hehehe.Riza Ahmad punya statement memang bahaya.
Azri_SiRempit : Saya senang aje Liza Hashim n Riza Ahmad. Kalau baik2 tak dapat saya bawak lari aje.Pernah dengar ada satu lagu tu tak..ku pinang pinang tak dapat-dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa lari..hahahhaaa..so, pada yang berkenaan tu silalah maklum. :P
Tia_the freak   : Azri_SiRempit< ---- SENGAL!

Azri tergelak sebaik sahaja membaca komen tersebut. Sengal tak sengal! Saya memang geram dengan awak Tia. Bisik Azri perlahan. Sakit hati apabila pemilik nama Tia_the freak itu langsung tidak menghiraukan permintaannya untuk bertemu. Tanpa alasan pula tu. Sekurang-kurangnya beritahulah kalau tak boleh jumpa. Tak boleh PM, nombor telefon dia kan ada!
Sedang Azri sibuk melayan sakit hati, peti mesejnya berbunyi. Mesej tersebut dibuka dan dibaca.

Tia_the freak: Azri sorry. Saya tahu awak marah tapi saya betul2 tak free nak jumpa awak minggu lepas. Maafkan saya. L

Azri_SiRempit: Awak boleh beritahu saya kan kalau awak tak free. Jadi tak perlulah saya tertunggu-tunggu panggilan awak. Sampai hati awak Tia. Saya bukan nak buat apa2 pun. Nak jumpa as a friend aje pun. L

Tia_the freak: Saya tahu Azri, sebab itulah saya rasa bersalah sangat dengan awak. Saya minta maaf ya. I’ sorry.L

Azri tersenyum. Di dalam fikirannya sudah bermacam-macam idea nakal datang menerjah. Seronok juga kalau sesekali kenakan dia ni.
           
Azri_SiRempit: Saya tak tahulah Tia, saya boleh maafkan awak atau tidak sebab saya betul2 kecewa dengan awak sekarang ni. Tak apalah Tia kalau awak tak sudi nak berkawan dengan saya. Saya sedar diri. Sorry lah sebab ganggu awak. Anggap sajalah kita tak pernah kenal sebelum ini. L

Fathia mengeluh perlahan sebaik saja membaca mesej tersebut. Kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali. Keterlaluan sangat ke apa yang dia lakukan sebelum ini? Dia akui, memang dia sengaja tidak mahu bertemu lelaki itu tapi bukankah dia sudah maklumkan kepada Azri terlebih dahulu tentang itu? Bukankah dia sudah beritahu Azri yang dia tidak suka bertemu rakan Facebook lebih-lebih lagi kalau dia itu lelaki?

Tia_the freak: Azri janganlah salah faham. Tak salah rasanya kalau kita berkawan sekadar di laman muka buku saja kan? Di sini kita lebih bebas berbalas komen..lagipun tak semestinya perkenalan di Internet ni kita perlu lanjutkan dengan pertemuan di luar pula kan? Saya senang berkawan dengan awak Azri walaupun awak ni kadang-kadang over react.. hehe

Azri tersenyum. Dia ni memang pandai menjawab betul. Bisik Azri perlahan. Dari nak marah terus hilang rasa nak marah. Tia.Tia, awak ni pandai betul memanipulasikan keadaan tapi saya tak akan berputus asa. Kalau bukan sekarang suatu hari nanti pasti kita akan bertemu. Bisiknya lagi.

Azri_SiRempit: Ye lah Tia, betul kata awak tu. Tak semestinya kenal di ruang Internet ni kita perlu berjumpa kan..saya hormati keputusan awak walaupun hakikat yang sebenarnya saya memang nak jumpa dan kenal awak in person. Semoga dibukakan pintu hati awak untuk bertemu dengan saya satu hari nanti.. Amin.

Tia_the freak
Insya-Allah Azri. saya minta maaf okay. J
Azri_SiRempit
It’s okay Tia.. saya tak salahkan awak.. saya terpaksa out dulu ada meeting kejap lagi.. next time kita borak lagi. nice chatting with you. J
Tia_the freak

Okay Azri. nice chatting with you too.. J

P.S : Enjoy reading and feel free to leave your comment...lots of love.. :) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...