Followers

Saturday 8 February 2014

Misi Curi Hati Dia... Bab 3

~Bila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati~

Fathia menjeling Suhaili tajam. Memang sengallah kau ni Elly. Dengusnya dalam hati. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Zati pada kak ngahnya itu.
Tia, Zati tu satu-satunya adik aku. Sejak dia sambung belajar ni aku memang risaukan dia sangat-sangat. Adik aku tu bab makan memang dia memilih sikit sebab itulah aku kirimkan sambal bilis kering favourite dia tu,” panjang lebar Suhaili memberi penjelasan.
Elly, Zati tu dah 20 tahun tahu tak? Cubalah kau biarkan dia berdikari sikit. Kena yakin dan percaya dengan apa yang buat. Fikir logiklah sikit, takkanlah sebab memilih dia tak makan langsung kat sana,” bebel Fathia lagi.
Aku tahulah tapi Tia, aku bukan tak percayakan dia. Aku cuma risaukan dia. Makan pakai dia, sakit pening dia kat sana,” keluh Suhaili perlahan.
Apabila memikirkan tentang adiknya yang seorang itu, memang dia selalu risau. Duduk seorang diri di bandar besar macam Kuala Lumpur tu macam-macam boleh jadi. Membaca berita di akhbar tentang ragut dan rogol yang semakin berleluasa sekarang ini lagilah tidak tentu arah dia dibuatnya. Setiap kali berbicara dengan adiknya itu ditelefon, tidak putus-putus dia memberi nasihat.
Elly..Elly, memang susah nak cakap dengan kau ni. Kalau kau risau sangat kenapa kau tak suruh aje adik kau study dekat sini? Senang kau boleh tengok dia setiap masa,” bebel Fathia geram.
Mendengar bebelan Fathia, Suhaili terus mencemik.
Ha, buat muka macam tu. Ingat cantik sangat ke?” kutuk Fathia selamba.
Memanglah aku cantik!” balas Suhaili selamba.
Fathia tergelak.
Perasanlah kau! Dah.dah, pergi buat kerja. Aku nak selesaikan akaun Pumpco ni,” ucap Fathia terus menghalau Suhaili untuk pergi dari situ. Makin dilayan, satu kerja pun tak menjadi nanti. Bukan tak kenal perangai Suhaili, bab merapu memang nombor satu.
Iyalah..iyalah,” balas Suhaili pendek dan terus bangun dari duduknya. Dia terus melangkah keluar dari bilik sahabatnya itu tetapi sebaik sampai di muka pintu, Suhaili berpaling semula. “Tia, kau sempat tak jumpa Emil masa di KL hari tu?”
Fathia mendongak kemudian mengangguk.
Aku dapat jumpa dia sekejap aje,” perlahan Fathia menjawab sambil melepaskan satu keluhan berat.
Tak apalah Tia, sekejap pun okey asalkan dapat jumpa,” pujuk Suhaili lembut.
Fathia mengangguk lagi. Betul apa yang diperkatakan oleh Elly tadi. Sekejap pun jadilah, sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan rasa rindu yang bersarang dalam hati.
Khairul kau jumpa jugaklah eh?” soal Suhaili lagi sambil tersengih. Sengaja mengusik sebenarnya.
Sudah mencerlung mata Fathia memandang sahabatnya itu.
Sudah, sudah, pergi buat kerja kau,” arah Fathia sedikit keras. Geram sebenarnya.
Suhaili yang sedang tersengih itu terus saja pergi dari situ. Sebelum mood Fathia bertukar ke 180 darjah baik dia angkat kaki dulu. Bukannya dia tidak tahu, Tia memang tak suka hal Khairul dibicarakan.
Sebaik sahaja Suhaili pergi, Fathia terus membuka komputer di atas mejanya. Icon Internet explorer diklik. Kemudian emailnya dibuka. Peti email diperiksa satu per satu. Itu memang sudah menjadi rutin hariannya setiap pagi. Memeriksa dan membalas e-mel sebelum memulakan kerja. Selesai semua e-mel tersebut dibalas, dia membuka laman muka bukunya. Saja memeriksa sekiranya ada mesej-mesej penting dari kawan-kawan satu sekolah atau satu universiti dulu.
Amboi banyaknya pm dan notification,” bisiknya perlahan. Hampir 60 puluh notification yang perlu dibaca. Sudah menjadi satu kerja pula hendak membaca notification itu semua.
Peti private message dibuka dan dibaca satu per satu. Macam-macam cerita ada. Bisiknya dalam hati sambil tersenyum. Terpandangkan satu private message dari Azri_SiRempit, senyumannya terus mati. Kenapa pulak tiba-tiba pm aku ni? soal Fathia dalam hati. Private message tersebut dibuka dan dibaca.

Azri_SiRempit: Hi Tia_the freak, dah lama tak nampak awak. Malah komen-komen saya pun dah lama awak tak lahar. Rindu pulak nak bertikam komen dengan awak. atau awak merajuk dengan saya?

Selesai membaca mesej tersebut, Fathia terus tersengih. Tak kuasa aku nak merajuk dengan kaulah Azri. Private message tersebut dibalas.

Tia_the freak: Hi Azri_SiRempit, hahaha tak sangka awak rindukan saya ya. Ingatkan awak tak suka saya. J ..sorrylah lately ni saya busy sikit. Minggu lepas saya outstation dan seminggu saya berada di KL. Facebook pun saya tak sempat nak jengah sebab itulah saya tak melahar status-status sengal awak. Tentu hidup awak aman kan tanpa laharan dari saya.. but now I’m back. u just watch out okay. Kihkihkih.

Sebaik selesai membalas private message tersebut, Fathia tersengih lagi. Laman muka bukunya itu ditutup semula. Tiba-tiba Fathia menguntum senyum. Azri.Azri. awak ni memang kelakar dan sengal betul. Melayan awak lama-lama saya pun ikut sengal macam awak.
Serentak itu, fail kotak di atas meja dicapai dan dibelek. Perlahan-perlahan nafasnya dihela. Berserabut betul dengan akaun yang sememangnya serabut itu. Deadline untuk penyerahan penyata tahunan syarikat tersebut hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Kalau tiada masalah cepatlah selesai tapi kalau masih ada dokumen yang diperlukan alamatnya tak tidur malamlah dia sehingga laporan audit tersebut dikeluarkan.

Bip. Bip. Terdengar ringtone mesej berbunyi, Azri terus mengeluarkan iPhone 5 dari poket seluarnya. Terpapar satu notis mesej masuk di laman muka bukunya. Notis tersebut ditekan. Melihat balasan mesej dari orang yang dinanti, Azri tersenyum. Peti mesej tersebut terus dibuka. Sebaik sahaja membaca balasan dari Tia_the freak itu, Azri tergelak kecil. Mesej tersebut dibalas. Fikiran nakal tiba-tiba menerjah di fikirannya.

Azri_SiRempit: Tia_the freak, betullah saya rindu pada laharan awak. Tersangat rindu. Sunyi hidup saya tak baca komen-komen pedas dari awak. J . serius ni tau bukan main-main. Kenapa turun KL tak beritahu? Kalau tidak mungkin kita boleh jumpa dan bertikam lidah pulak. Mesti lebih meriah suasana.. Hahaha.. So, next time turun KL beritahu saya. Saya pun teringin nak jumpa dan kenal awak.

Azri sudah mula menjual minyak. Selama ini tak pernah lagi dia gagal mencuit hati mana-mana teman perempuan di laman muka bukunya. Dia pasti Tia_the freak juga tidak terkecuali. Perempuan, asal pandai mengayat dan di taburkan dengan wang ringgit, lama-lama cair juga.
Seronok nampak? Awek call ke?” tegur Shidi tiba-tiba.
Aku mana ada aweklah,” balas Azri sambil tergelak kecil.
Tak ada awek konon. Tiap-tiap minggu aku tengok asyik bertukar pasangan aje apa kes?” bidas Shidi pula.
Itu kawan ajelah bukan special pun,” beria-ia Azri menafikan.
Kawan konon tapi melayan bukan main. Ri, aku nak beri nasihat sikit ni. Memang seronok dapat keluar dengan ramai awek tapi jangan sampai terkena pulak nanti. Budak-budak sekarang pun dah pandai. Jangan nanti bukan kau yang buat tapi kau yang kena,”
Aku tahulah Di, aku anggap dia orang tu semua kawan aje. Kita orang bukan ada buat apa-apa pun. Paling-paling pun keluar makan dan tengok wayang aje,”
Shidi tergelak sinis. “Ialah kau, dah tu pilih ajelah sorang untuk dijadikan bini. Tak elok pun keluar ke sana ke mari macam tu. Dah macam playboy dah aku tengok kau ni. Umur kau pun bukannya muda lagi dah nak dekat 30 tahun pun,” bebel Shidi lagi.
Azri tergelak besar. Juki juga meluahkan rasa yang sama. Masalahnya tak ada seorang pun perempuan yang dia kenal dan dibawa keluar selama ini menepati cita rasanya. Ada tu berperangai kebudak-budakan, ada pulak yang tergedik-gedik dan manja keterlaluan. Rimas dia dibuatnya.
Nantilah dulu Di, aku belum jumpa yang sesuai. Nak kahwin ni untuk seumur hidup bukan untuk sehari dua. So, nak cari bini kena cari yang betul-betul menepati cita rasa,” panjang lebar Azri membalas.
Shidi hanya mampu menggeleng sahaja. Keluar dengan bermacam-macam jenis perempuan pun masih tak jumpa yang menepati cita rasa? Hairan betul.
Jangan memilih sangat Ri, nanti dapat yang tak semenggah. Kata orang tu, biar yang sedap mata memandang dan pandai ambil hati kita dah cukup. Tak perlu cantik macam model nanti pening kepala kau hendak melayan. Itu belum masuk bab maintenance lagi,” telah Shidi lagi.
Tawa Azri meletus lagi. “Kau ingat kereta ke nak kena maintain segala? Aku bukan nak cari yang persis model tu Di tapi yang penting, serasi bersama,”
Shidi terus mencemik.
Serasi bersama konon. Suka hati kau lah. Dah jom kita pergi minum dulu. Meeting tangguh pukul 11, jadi sempat lagi ni kalau nak isi perut dulu,” ajak Shidi pula. Malas hendak cakap lagi. Dengan Azri cakap banyak pun tak guna bukan masuk dalam kepala. Jenis manusia yang kepala masuk air memang macam tu.
Jomlah,” balas Azri sepatah dan terus berjalan menuju ke keretanya.

Azri... Azri...” bisik Fathia sambil tersengih. Nak kenal eh? Hurm. sorrylah Azri, saya tak berminat nak kenal dengan awak. Mesej lelaki itu dibalas.
           
Tia_the freak: Nak kenal? Insya-Allah kalau diizinkan Allah mungkin kita jumpa juga satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang saya lebih senang bertikam komen dengan awak.. J

Keypad enter ditekan kemudian dia meneruskan aktivitinya membaca berita online. Orang lain pagi-pagi dah baca surat khabar Tia, kau pulak dah malam buta baru tahu perkembangan semasa. Bebelnya pada diri sendiri. Memang kenyataan, begitulah kehidupannya setiap hari. Di pejabat mana ada masa hendak membaca akhbar, berfacebook pun kalau kepala dah tak boleh berfungsi dengan betul. Facebook itu sudah dianggap tempat untuk melepaskan tekanan sahaja.
Sedang Fathia leka membaca berita tentang bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di pantai timur, notification Facebook nya berbunyi. Tingkap Facebook nya dibuka. Mesej dari Azri. Mesti mamat ni tengah online, cepat sangat membalas mesej. Bisiknya dalam hati. Kotak mesej tersebut dibuka dan dibaca.

Azri_SiRempit: It’s okay Tia_the freak, kalau begitu bagai dikata. Semoga Allah bukakan hati awak dan ketemukan juga kita nanti. Tapi saya nak tahulah, awak takut terpikat dengan saya ke sebab itulah awak tak nak kita berjumpa? ;)

Sudah terangkat kening Fathia sebaik sahaja membaca mesej tersebut. Oh please! Apa ke perasan benor mamat ni! kutuknya perlahan. Mesej tersebut terus dibalas.

Tia_the freak: Excuse me Azri, persoalannya sekarang, awak handsome sangat ke sampai saya nak terpikat? Kalau setakat so-so aje..hurm.. faham-faham sajalah ya. tapi kalau awak rasa awak lebih handsome dari Dennis Oh maybe lah saya akan terpikat dengan awak.. :P

Ha! Rasakan. Perasan bagus. Tapi bukankah kerana sikap perasan bagusnya itu yang menyebabkan dia galak melayan status-status sengal lelaki itu? Geram punya pasal semua status lelaki itu dicantas. Peti mesejnya berbunyi lagi. Mesej tersebut dibuka.

Azri_SiRempit: Oh awak peminat pelakon korea tu eh? Tak sangka awak pun fan k-pop. (Bersusah payah saya kena tanya pak cik google siapa Dennis Oh tu). Hehehee.. but for your information, saya ni tak adalah handsome macam pelakon tu sebab mak bapak saya melayu tulen jadi mestilah muka saya ni muka melayu tulen kan? Pelik sangatlah pulak kalau mak bapak melayu, anak muka ala-ala korean... bukan nak memuji diri sendiri tapi saya ni handsome jugaklah kalau tidak takkan lah ada perempuan yang tergila-gilakan saya.. J .okay Tia, tolong jangan muntah. hehe

Fathia terus mencemik. Memang nak muntah pun dengan tahap perasan kau Azri. Ya Tuhan, ada juga manusia yang macam ni. Walau menyampah tahap petala tetapi laju saja jemarinya membalas mesej lelaki itu.

Tia_the freak: Ye ke awak handsome? Alhamdulillah syukur (sambil menadah tangan ke langit), pemberian dari Allah tu. Tapi kan Azri, saya takut juga nak jumpa awak. Takut saya jadi gila macam perempuan-perempuan yang dah kenal dengan awak tu.. kesian kan..muda-muda dah gila.. Isy, isy, isy...

Sudah tergelak besar Azri membaca balasan mesej dari Tia_the freak itu. Ada saja idea perempuan itu hendak mematahkan setiap kata-katanya. Memang mencabar perasaan tapi dia suka.

Azri_SiRempit: Tia, awak memang selalu buat saya tergelak besar. Seriously, saya memang nak jumpa dan kenal dengan awak. Jumpa as a friend okay, bukan untuk memikat dan dipikat. So, no need to worry. Hari selasa minggu depan saya akan ke JB, boleh tak kita jumpa?

Fathia terdiam seketika. Tiba-tiba otaknya jadi beku. Tak tahu bagaimana hendak membalas mesej yang satu ini. Biarkan sajalah tak payah jawab apa-apa. Bisiknya pada diri sendiri.

Azri_SiRempit: Tia, saya tahu awak dah baca mesej saya ni. Ada notis tahu tak yang mesej saya ni sudah dibuka dan dibaca. Janganlah kejam sangat. Saya nak jumpa awak sebagai seorang sahabat saja. Tak ada niat lain selain dari tu.

Fathia terdiam lagi. Psiko gila mamat ni. Macam mana ya? Soalnya dalam hati. Bibirnya digigit-gigit perlahan. Nak jumpa ke? Eh tak nak lah. tapi macam tak patut pulak. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru-garu perlahan. Hurm.. Keluhnya perlahan.

Tia_the freak: Nantilah Azri, biar saya fikir dulu nak jumpa ke tidak.. saya tak berapa suka bertemu dengan rakan Facebook sebenarnya especially kalau dia tu lelaki..

Azri membaca mesej tersebut dengan kerutan di dahi. Apalah yang susah sangat nak berjumpa agaknya. Aku bukan nak buat apa-apa pun. Mesej tersebut dibalas lagi. Tak apa Azri, kita tengok saja hari Selasa nanti macam mana. Mesti dia tak sampai hati punya nak tolak permintaan kau. Bisik Azri yakin. Orang perempuan ni mulut kata lain tapi hati pula kata lain. Dia memang sudah faham sangat.

Azri_SiRempit: I’m sure awak takut nak jumpa saya sebab awak takut terpikat dengan saya kan? Saya faham Tia, tapi pasal hati dan perasaan ni siapa yang boleh halang kan? Tak apalah, saya tinggalkan nombor telefon saya, saya harap awak akan call saya hari Selasa nanti. Ini no telefon saya.. 012-3213333.

Fathia menggeleng perlahan. Tak reti bahasa ke apa mamat ni. Dah puas dia beralasan tapi masih tak faham lagi. Tengoklah Azri, kalau terbuka hati saya nak jumpa awak nanti, saya call lah awak. Kalau tidak sorry.


p/s : Feel free to leave your comment after reading it... thank you... lots of love - AA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...