Followers

Thursday 27 August 2015

Dia Bukan Bidadari - Prolog


Prolog 

Senyum ditabur lepas. Manis malah rasanya lebih manis dari madu. Tubuh pula sudah meliuk lentuk agak manja cuma tidak bertukar menjadi kucing parsi yang suka bergesel-gesel minta perhatian. Zahin yang sedang leka memilih gelang emas di sebelahnya dipandang. Sebenarnya bukan Zahin yang dipandang tetapi gelang yang berderet-deret di hadapan Zahin yang menjadi perhatian. Lebih mengujakan apabila memikirkan salah satu dari gelang tersebut bakal tersarung dipergelangan tangannya. Itu belum lagi dia merengek-rengek manja. Rasanya tentu lebih dari satu anak tauke balak di sebelahnya itu sanggup belikan. Tetapi Nur  Jannah Zahra tidak perlu jadi perempuan mengada kerana dia sendiri memang punya persona. Siapa yang memandang pasti tergoda.  Perasan! Ya tahap perasannya memang sudah sampai tahap dewa! Gelaknya dalam hati.

“So dear, you nak yang mana?” Zahin buang pandang ke sebelah. Dua bentuk gelang tangan yang berada di kiri dan kanan tangannya ditunjukkan kepada Nur Jannah. “I think better you yang pilih sebab you yang akan pakai nanti.”

Senyum riang hanya mampu dipamer di dalam hati sahaja sedangkan kalau boleh dia mahu bersorak gembira di situ. Satu lagi aset bernilai yang bakal tersimpan di dalam peti barang-barang perhiasannya.

“Mahallah you. Tak payah belilah kut.” Tolaknya bersama gelengan sambil muka dicemikkan. Ehem! sebenarnya dia sengaja buat jual mahal. Alaa..dia tahu sangat, walau dia menolak beria macam mana pun Zahin pasti akan belikan juga. Tengoklah kalau tak percaya.

“Dear, gelang ni bukan mahal sangat pun. You lagi mahal dari barang-barang ni semua tau.” Zahin mula bermanis mulut. Baginya perempuan-perempuan seperti Nur Jannah tiada apa yang diingini mereka kecuali ditaburkan dengan kemewahan. Dan dia pula bukannya bodoh untuk menilai apa yang gadis itu inginkan.

“Tapi sayang...”

“No dear, this is my present to you. ” Zahin masih berkeras.

Nur Jannah senyum lagi tapi senyum yang disimpan dalam hati. Bukankah dia dah kata. Tolak macam mana pun rezeki memang milik dia. Kalau sudah masuk ke tempat-tempat macam itu memang WAJIB dia akan menerima sesuatu sebagai habuan. Bukan setakat Zahin tetapi ‘boy friend’ yang lain pun sama juga. Itu untungnya jadi seorang Nur Jannah Zahra!

“You yang paksa I tau..” mata dilirikkan manja.

Zahin tersenyum. “Pilihlah yang mana-mana you suka.” Bisiknya. Tangan sudah melengkar di pinggang gadis tinggi lampai disebelahnya itu. Kemudian tubuh langsing itu ditarik rapat ke arahnya.
Terasa geli diperlakukan begitu, Nur Jannah tegakkan tubuh. Itu yang dia tidak suka. Bila diberikan sesuatu, tangan Zahin akan selalu terlajak parking. Gatal!

“I nak yang ni.” Tangan Zahin yang sedang elok melengkar di pinggangnya ditarik dan gelang tangan tersebut diletakkan di tapak tangan lelaki itu. Dia memang sedikit ‘mengoda’ tetapi dia bukan jenis perempuan yang ‘murah’ untuk disentuh dengan sesuka hati.

“Good choice. I pun suka yang ni.” Zahin kenyitkan mata. Walaupun tahu Nur Jannah sengaja menolak dari dipeluk tetapi dia tetap beriak selamba. Sabar...lama-lama dia akan dapat juga! Desisnya.

Nur Jannah meleret senyum. Lebar. Tentulah pilihan yang baik, hampir lima ribu harganya. Nasib kaulah Zahin. Bisiknya dalam hati. Lelaki yang bernama Zahin itu agak kacak orangnya, penampilan memang kemas. Tapi yang dia tidak berkenan dengan perangai lelaki itu cuma perangainya yang sedikit liar. Kadang-kadang jemarinya selalu tersasar ke tubuhnya. Puas jugalah dia hendak menepis setiap masa. Kalau diikutkan hatinya, lama lelaki yang bernama Zahin itu ditinggalkan tetapi apabila memikirkan lelaki itu  ‘berduit’ dan sikap ‘pemurahnya’, diteruskan sahaja perhubungan yang tidak-tahu-hala itu. Biarlah dulu, apabila sikap Zahin sudah terlebih berani nanti dia blah sahajalah. Rasanya Zahin pun tentu tidak akan hairan kalau setakat perempuan macam dia. Duit yang sudah dilaburkan tidak akan buat lelaki itu jatuh miskin pun.

“Thank you sayang.” Bisiknya manja.

Zahin hela nafas. Macam manalah hatinya tidak tergoda habis-habisan dengan Nur Jannah. Senyumnya saja bisa bikin hatinya jatuh bergelimpangan. Bicara manjanya selalu membuatkan nafsu jantannya, membara!

“I take this one.” Gelang di tangannya dihulurkan kepada salesgirl di hadapannya. “You nak terus pakai ke?” pandangannya dibuang ke arah Nur Jannah pula.

Perlahan Nur Jannah gelengkan kepala. Kalau diikutkan hatinya memang dia hendak terus sahaja pakai. Bangga gila kut pakai barang mahal macam tu tetapi oleh kerana tidak mahu dikatakan berlebih-lebih dia terus geleng kepala. "Later." balasnya sepatah.

Zahin anggukkan kepala. “Wrap it nicely.” Suruh Zahin pula sebaik mata terarah kepada salesgirl itu semula.

Melihat gelang yang berkilau-kilau apabila terkena cahaya lampu itu, hati Nur Jannah sudah rancak menyanyikan lagu kegemarannya.





Mahu berkahwin dengan orang kaya
Yang boleh belikan aku apa saja
Mahu lebih bergaya darimu
Wang ringgit dan dollar itu bukan isu


Sambil menyanyi, hati juga turut berkompang bukan main hebat lagi. Apa tidaknya, gelang emas berharga lima ribu ringgit bakal tersarung di pergelangan tangannya. Yuhuuu...bertuahnya kau Nur Jannah Zahra!

Wednesday 12 August 2015

Kupilih Untuk Setia


Assalamualaikum & salam 27 syawal... :) 

Ya Allah, lamanya tak menjengah blog kecik ni... hehehe...bukan setakat bersawang tapi rasanya dah ada penunggu kot...keh3... 

Oklah, tak nak tulis banyak2 sebab tengah busy nih... Just nak tunjuk kemeriahan semasa buku baru kita keluar... KUPILIH UNTUK SETIA... audi merah you...ekekekeke... So hari ni kita belanja gambar ajelah yek.. layanzzzzzzzzzzzzz! 


cun tak? cun tak?? of coz lah CUN kan????? hehehe

Ini konon2 hero & heroin KPUS... haha

Ini masa kami buat kerja conteng2 & bungkus2...tq korangssssss!

Ha ni memang rare..gambar dari kilang... hehehe

Me & my baby booo yg ke 8...terharu dapat pegang...sob sob..  

Kami selepas berbuka puasa... :) 

posing lagi.. kami memang pantang nampak kamera


Mari kita tengok sebahagian komen2 dari pembaca yang dah khatam KPUS yg sempat kita snap2... tq korang sudi baca karya kecil kita... love you deep2 tau.. :)  











till we met again... salam sayang dari kejauhan... nampak tak betapa pemalasnya penulis ni nak tulis banyak2...kikiki.... ok nantikan karya kita seterusnya #DBB... bubyeeeee & love.. 

Friday 3 July 2015

TDTC @ PBAKL

Assalamualaikum.....

Lama tak berblogging...busy arrr lately ni.. :) .. hari ni bukan kita tak busy tapi saja meluang2kan masa update apa yang patut. Masukkan apa yang dah lama nak masukkan tapi tak termasuk2 lagi.. hik3..

Ini cerita tentang karya yang ke 7.. mesti ada yang kata, dah nak kluar karya ke 8 baru nak cerita tentang karya ke 7.. tak pe...better late than never kan?? kan??? kan???? hehehe


Yeayyyyy...itu dia karya ke 7 kita... Tanya Dia Tentang Cinta...mesti korang tak heran kan sebab dah selalu tengok.. ok tak pe, kita nak kasi refresh balik... kita suka cover ni sebab nampai damai. walaupun dalam keadaan senja tapi ceria, seceria ceritanya. Sebab apa? sebab dalam TDTC tak ada orang mati yang boleh membuatkan pembacanya menangis.. :D 

Rasanya ramai yang dah baca so meh kita tengok gambar2 sepanjang PBAKL 2015 baru2 ni... check it out..  wink2











Baru perasan, tak banyak rupanya gambar di PBAKL yang lepas. tak pe itu tak penting yang penting kita dapat bertemu dengan ramai pembaca2 di seluruh malaysia... 

till then...jumpa lagi dalam entri  KUPILIH UNTUK SETIA pula ya.. :D 

lots of love... daaaaa

<3 p="">


Monday 19 January 2015

Siaran tertunda MKD & PB1M.. ;)

Assalamualaikum dan selamat pagi... :)

Rasanya dah berkurun lamanya tak update blog...bukan setakat bersarang tapi dah berkulat2 dah blog ni.. hehehe... so, moh ler kita membersihkan blog.. hik2..

Hari ni nak cerita tentang karya ke-6 saya, MEMILIHMU KERANA DIA yang telah diterbitkan pada Disember 2014.  Gambar berlian you cover dia...lip lap lip lap gitu.. hehe.. nak tahu kenapa covernya ada berlian, kenalah baca.. ok, meh nak tunjuk covernya... taraaaaaa....mesti korang dah tak heran kan sebab dah tengok.. haha




MKD adalah sebuah karya yang susah sikit untuk saya sudahkan...lima bulan saya ambil masa untuk menyudahkan karya ni. Entah kenapa dah separuh tulis tiba-tiba saya jadi 'blur' dengan plot & susunan cerita sampai terpaksa bertenang hampir 2 minggu lamanya untuk mendapatkan mood semula. Rasanya inilah perkara yang ramai writer takuti, simptom 'writer's block'. Bukan setakat itu saja, watak antagonis 'Lisanani' tiba-tiba menganggu emosi sampai saya jadi stress nak tulis tentang dia.. haha...over kan?? inilah bahananya kalau terlalu menghayati watak ketika menulis.. ehhh! 

Walaupun bermacam dugaan  untuk menyudahkan naskah ini, Alhamdulillah akhirnya keluar juga MKD ke versi cetak. Syukur dan tahniah Ameera Ameer! hehee... 

Oklah, disebabkan mood nak membebel tak mai lagi, jom kita tengok gambar di sepanjang PB1M pada Disember 2014 yang lalu. Thank you kepada anda2 semua kerana sudi memiliki karya kecil ini.. :)
Me with the designer.. Azlan

With Haslah Ali n Sister

With Linda Z. Ali at booth Fumi.. finally met her..  :) 

with dearest sisters.. Nabilah Najjah n Wan Suraya Nadia

with kak Nazril Abd. Razak.. Nice meeting you kak... :D

With kak Norazila Idris.. . our 2nd meeting... :) 

with kak Norizan Ap..  

Charlie's Angel in the making... Abby Sha, Jumay Jue n Zarlina.. Me the 'Penyibukss' hehe


With Syania Annlyza n Ain Hawani... meet n greet.. 


with kak Suzana Jasruni.. nice meeting you too kak.. :)

with her.. I forgot to ask her name... sigh! 

with him...ehemmm... suh berlakon jadi watak jahat suai benor dia ni.. Aman Nassim... the talented actors.. :)

with? who else if not billbora... 'ramah gila'.. hehe

me with?? ehemmm... tq fumi edar.. :)

with Hasbi.. :) 

oh with him again...tadi dengan MKD now dengan KSJ... ahakssss... 

with Muslihati disember... jumpa gak kannnn.. hehe
kek MKD cum kek birthday.. mabelesssss...tq sabroshida for the cake... 

:) 

with them.. celebrating MKD n my birthday... love them.. :) 
love3.. 

with my birthday present... I love red.. hahaa

okeylah... dah penat dok upload gambo... tenet semput.. apapun, gembira jumpa dan kenal anda semua...  enjoy the story n jangan marah2.. hik2... 

Wassalam and lots of love from me... 

Ameera @ Myra Ameer... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...