Followers

Tuesday 12 July 2016

Terlerainya Satu Janji - Prolog







Prolog




Lately I’ve been, I’ve been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But, baby I’ve been, I’ve praying hard
Said no more counting dollars, we’ll be counting stars
Yeah, we’ll be counting stars

Bunyi telefon bimbit yang sedang nyaring menyanyi-nyanyi di dalam poket seluar jeannya dicapai dan dipandang. Melihat sahaja nama Alvin di skrin, panggilan terus disambut.
Yes Al, what’s up?” soalnya sambil menekan penggera kereta di tangan.
I missed her.”
Langkah Albert terhenti.
Say it again,” dahinya terus berkerut.
I missed her, Albert.
Who?
My dear Hannah. I saw her.”
Mendengar suara Alvin yang sudah mulai sayu itu, Albert mendengus.
Don’t tell me that you went to her house again, Al!” duga Albert dengan suara yang mula meninggi.
Senyap.
Kepala digeleng. Dia pasti memang itulah yang berlaku sebenarnya. Senyap-senyap abangnya itu ke rumah Hannah dan menjadi pemerhati setia kelakuan perempuan yang dicintainya itu. Bingung dia dengan kelakuan Alvin sejak akhir-akhir ini. Walau puas ditegah tetap itu juga yang sering Alvin lakukan. Mengintip dan memerhati dari jauh.
Al, how many times have I told you, leave them alone!
Bergema suara Albert memecah kesunyian di tempat parkir kereta pusat membeli-belah ternama, Pavilion yang agak lengang ketika itu. Tubuh disandarkan ke sisi kereta dan nafas dihela kasar. Matanya dipejamkan dan kepala digelengkan berkali-kali.
I can’t.
Mendengar suara lirih Alvin di talian, nafasnya dihela lagi tapi dengan helaan yang sedikit teratur dan tenang.
“Kau dah janji Al. Kau dah janji nak lepaskan semuanya sebaik Hannah berkahwin dan temui kebahagiaan dia. She’s married and happy with her life now. So please, don’t make things miserable,” pujuk Albert lembut.
I thought I’m strong enough but the facts, I’m not. Setiap kali aku melihat dia tersenyum dan ketawa, hati aku sakit.”
Rintihan Alvin kedengaran semakin sayu. Albert tahu abangnya itu sedang menangis sekarang. Itulah yang berlaku kepada Alvin sejak Hannah dan Ilham berbaik dan menimang cahaya mata mereka.
Yes you can. Selama ni kau kuat bertahan dan aku yakin kau mampu untuk terus bertahan,” pujuk Albert tanpa jemu.
Senyap. Hanya suara Alvin yang sedang menahan tangis sahaja kedengaran di telinganya.
“Al…Alvin...” panggil Albert lembut. Nafas dihela bersama keluhan kecil di bibir.
Siapa kata dia tidak bersimpati tapi itu keputusan yang telah Alvin buat bertahun dahulu. Semuanya kerana Hannah, untuk kebahagiaan gadis itu. Jadi untuk apa lagi Alvin lakukan semua itu? Hanya untuk menambah luka di hatinya?
Senyap. Alvin masih juga begitu. Hanya deruan nafas dan tangis halusnya yang masih menyapa telinga. Tidak  betah membiarkan Alvin terus begitu akhirnya Albert membuat keputusan untuk bertemu Alvin di rumahnya.
“Aku pergi tempat kau sekarang. We need to talk,” tegasnya.   
Panggilan terus dimatikan. Dengan tergesa-gesa tubuh dipalingkan. Sebaik tubuhnya berpusing ke kiri, langkah Albert terhenti. Dia terpaku dan terkaku. Wajah terus berubah pucat tak berdarah. Pandangan perempuan yang sedang merenungnya ketika itu dibalas dengan mata tak berkelip. Kunci yang berada di dalam genggamannya juga hampir terlepas dari tangan kerana terkejut.
Oh my god! Jeritnya dalam hati.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...