Followers

Tuesday 25 April 2017

Bab 5





Pintu bilik Shaqir yang terkuak sedikit dibuka luas. Pandangan dijengahkan ke dalam. Ada pun orangnya. Bisik Brian perlahan. 
Melihat Shaqir yang sedang tersenyum sendirian, Brian kerutkan dahi. Apabila kehadirannya tidak diendahkan, Brian buka langkah dan meja sahabatnya itu dihampiri. 
"Ehemmmm!" Sapanya dengan dehaman. 
Senyap. Shaqir masih lagi leka merenung kamera di tangan sambil tersengih suka. 
Pelik. Apa yang ada dalam kamera itu agaknya sampai begitu sekali riak sahabatnya itu. Oleh kerana rasa ingin tahu yang membuak, laju sahaja kamera di tangan Shaqir dirampas. 
"Woiiii!" Shaqir terjerit lantang. Terkejut dia tiba-tiba diserang hendap begitu. 
"Main kasar nampak?" Tempelaknya apabila melihat kamera yang sedari tadi di tangan tiba-tiba bertukar tuan. 
Brian buang sengih seolah tidak terkesan dengan sergahan Shaqir sedang mata tajam merenung gambar-gambar di dalam kamera tersebut. 
Bimbang Brian dapat meneka sesuatu, Shaqir bingkas bangun. Baru sahaja kameranya ingin dirampas semula, cepat sahaja Brian buka langkah dan berlari keluar. 
"Brian!" Kuat Shaqir menjerit melepaskan geram dan Brian dikejar. 
"Pulangkan balik kamera aku!" Bentaknya agak keras. 
Brian tergelak dan berhenti berlari. Sebaik Shaqir menghampirinya, kamera lelaki itu dikembalikan. 
Cepat-cepat Shaqir menekan butang off kameranya sebaik diambil. Dibiarkan hidup, bimbang orang lain pula yang buat dajal. 
"Sejak bila?" Brian jungkit kening. Sengaja dia buat ayat tergantung sebab dia tahu Shaqir tentu faham akan maksudnya. 
"Sejak bila apa?" Acuh tak acuh sahaja Shaqir bertanya.
"Tu..." muncung ditalakan ke arah kamera di tangan Shaqir. 
Tidak mengendahkan pertanyaan Brian, Shaqir buka langkah.
"Aku ingat kau gay." 
Langkah Shaqir terhenti dan tubuhnya dipusingkan. "What? Aku...apa?! Gay?" Terkejut dia dengan kenyataan Brian tadi. Lelaki segak macam dia dikatanya gay? Brian buta ke apa!
Brian sengih. "Iyalah, selama ni benci sangat dengan perempuan. Berapa ramai perempuan cantik-cantik kau tolak. Bukan perempuan sembarangan, model ada, artis ada, anak-anak orang kaya pun ada. Tu yang buat aku terfikir kau tu….ala-ala gitu." Giatnya. 
"Bila masa aku ada cakap aku benci perempuan? Aku cuma tak suka perempuan-perempuan  yang jenis mengada-ngada tu semua." Balasnya membela diri sendiri. 
Tawa Brian terhambur pula. Pandai sangat cover line! "Serius Shark, sebelum ni aku cuak juga bekerja dengan kau. Takut juga aku tanpa sedar kena cabul." Guraunya dan tangannya dipalangkan di dada.
"Gila kau!" Tempelak Shaqir geram. "Cubalah bogel depan aku tengok aku bernafsu ke tidak." Tempelaknya bersama gelengan. Boleh itu yang difikirkan Brian selama ini?
"Oit! Tak sanggup aku." 
Tawa Brian semakin galak dan perlahan-lahan kepalanya digeleng. 
"Kau suka dia ke?" Soal Brian setelah ketawanya kembali reda. Dia tahu Shaqir memang susah untuk suka dengan perempuan. Walau disuakan dengan perempuan yang cantik jelita tetapi Shaqir langsung tak terusik sedikit pun.
"Siapa?" Shaqir masih buat dungu. Soal hati tentang gadis yang satu itu memang telah bertahun lama disimpan rapat. Tidak siapa pun yang tahu.
"Jes." Nama Jeslina disebut. 
Senyap. 
"Kau suka dia kan?" Desak Brian lagi. Kalau sudah gambar Jeslina sahaja yang ada di dalam kameranya tadi, jadi itu apa maksudnya? 
Shaqir hela nafas. "Dia tunang orang lah." Balasnya kecewa. 
"Serius?" Bulat mata Brian mendengar jawapan Shaqir. 
Kepala diangguk. "Dia tunang Redza." 
Brian terus terdiam. Maknanya Jeslina itu tunang kawan baik Shaqir sendiri. Hurmmm...kes berat maknanya tu. Kalau bukan kawan baik memang sudah disuruh Shaqir potong jalan terus. Pikat sampai dapat tapi bila kawan baik, tak tergamak pula dia nak suruh buat dajal. 
"Bunga bukan sekuntum bro.." pandai pula Brian berbahasa. 
"Tapi 'bunga' yang ni berbeza." Pintas Shaqir pula. 
"Anggap aje bunga tu jenis yang dah pupus atau memang dah lama sold out." 
"Bagi aku, dia tetap 'bunga special edition.”
Brian terdiam. Nafas berat dihela. 
"Bukan jodoh kau dengan dia, Shark." Bahu Shaqir ditepuk. 
"Selagi dia belum kahwin, peluang tu sentiasa ada. Mana tahu takdir mungkin berubah?" 
"Shark..." 
"Mana tahu aku mampu mengubah takdir?" Pintasnya dan kening dijungkit. Tubuh dipusingkan semula dan langkah dibuka. 
"Aku takut kau kecewa." Brian masih belum jemu menasihati. 
Ayunan kaki terhenti lagi. "Orang yang tidak mencuba sahaja yang akan kecewa Brian." Balasnya sambil tersengih dan langkah terus diatur. Teringatkan sesuatu, kepala dipusingkan memandang Brian semula.  
"Haaa, ni aku nak ingatkan kau, sekali lagi kau buat macam tadi, lebam biji mata kau aku kerjakan!" pesannya mengingatkan.  

Brian tersenyum dan kepalanya digeleng. Shark…Shark….it’s true, people do crazy things when they're in love. Dan contohnya ada di hadapan mata. Bisiknya. 

Bab 4






“So Dar, Is, macam mana? Any questions?” bakal raja sehari di hadapannya dipandang. Harap-harap kedua-duanya faham dengan penjelasannya tadi.  

Darwina dan Iskandar berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk. “Don’t worry Jes, I think we can manage.” Balas Iskandar bersungguh.

“Good.” Jeslina terus berdiri. “Come Dar, Is, kita boleh mulakan rehearsal kita sekarang.” Ajaknya.
Darwina dan Iskandar menurut dan ikut berdiri.

“Kita mula dari pintu masuk seperti yang kita plan tadi.” Beritahunya.

Sekali lagi Darwina dan Iskandar mengangguk dan mula mengorak langkah menuju ke pintu. Sebaik pasangan bakal pengantin itu sudah elok berdiri di muka pintu, Jeslina terus berjalan menghampiri gadis-gadis pengiring yang dibawa khas oleh Darwina. “Okey adik-adik sayang, semua boleh ikut di belakang pengantin ya.” Suruhnya. Gadis-gadis kecil yang berusia diantara sepuluh hingga dua belas tahun itu hanya menurut sahaja sambil tergedik-gedik berlari mencari tempat masing-masing.

“Okay, I think we can start now. Sharon...” nama Sharon dipanggil kemudian kepalanya dianggukkan dan jari dipetik.

Mengerti dengan maksud reaksi tersebut, Sharon turut mengangguk. Kekunci piano terus ditekan sehingga bergema satu dewan dengan lagu I love you, dari nyanyian asal Celine Dion.

“Not that song!” Jerit Jeslina agak keras. “Not that song, Sharon!” Tangan ditepuk berkali-kali. Kepala ditolehkan semula ke arah Sharon yang berada di kiri pentas.

Sharon yang masih memetik piano terus terdiam. Jemari juga turut sama terhenti. Dengan mata terkebil-kebil Jeslina dipandang.  Darwina dan Iskandar yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan turut menghentikan langkah sambil terpinga-pinga memandang Jeslina yang berada  tidak jauh dari situ. Shaqir dongakkan kepala. Lensa kamera yang ditalakan ke arah kedua mempelai diturunkan sedikit.

“Not that one, Sharon!” jeritnya lagi. Keluhan keras dilepaskan.

“If not this one, so which one?” Sharon jungkitkan kening sedang jemari masih kemas memegang  kekunci piano.

“Dealova, lagu tadi tu masa potong cake. I’ve told you kan!” Balasnya agak keras. Rasanya sebelum ini sudah diterangkan semuanya. Itupun boleh silap. Majlis tersebut lusa bukannya seminggu lagi. Arghhh!

Sharon mengangguk dan tangannya diangkat. “Sorry Jes, my mistake.” Ucapnya mengakui kesilapan sendiri. Macam manalah dia boleh tersilap. Bukannya dia tidak tahu bagaimana tegas dan efisennya gadis bernama Jeslina itu bekerja. For her, everythings must be perfect with zero defect!

“Okey, kita mula semula.” Kepala dipalingkan memandang Darwina dan Iskandar yang berdiri tidak jauh dari situ . “Sorry Dar, Is, kita kena buat semula. I tak nak masa majlis nanti jadi kelam kabut. I nak you familiar dengan suasana ballroom ni dan suasana sebenar nanti jadi you berdua akan lebih selesa.” jelasnya.

“Okey Jes. Don’t worry, kami faham.” Iskandar menyahut. Bakal isteri di sebelah dipandang sambil bahu Darwina diusap mesra seakan memujuk. Dia tahu Darwina sudah mula bosan tetapi itu semuanya adalah di atas permintaan bakal isterinya itu juga. Sibuk meminta Jeslina mengaturkan rehearsal kerana takut segalanya jadi lintang pukang ketika majlis besar mereka nanti.

“Thanks.” Jeslina buang senyum. “Okay guys, get ready and we can start over.” ucapnya lantang. Jari terus dipetik dan muzik bergema semula. Darwina dan Iskandar mula melangkah dari muka pintu dewan diiringi oleh dua belas dayang-dayang kecil dibelakangnya. Lampu dewan terus  menyala mengiringi langkah mereka sehingga ke pelamin.

Shaqir pula sibuk mengacukan lensa kameranya ke arah kedua-dua mempelai. Permintaan Darwina di saat-saat akhir meminta supaya aturcara ketika waktu rehearsal itu juga dirakamkan. Dia? Mengikut asalkan dibayar setimpal dengan kerjanya. Sedang leka jemari menekan-nekan butang kamera, tiba-tiba lensa kameranya dilajakkan ke arah pemilik nama yang selalu dipanggil ‘bunga’ dan…

Klik!
Klik!
Klik!
Sebelum ianya berakhir dengan senyum lebar di bibir. Hurmmm…nice! Bisiknya dalam hati.

“Okay done. Perfect!” Jeslina buang senyum. Nafas kelegaan dilepaskan. Setelah hampir dua jam, akhirnya segalanya berakhir. Penat rasanya melayan kerenah Darwina sedari tadi. Cerewet bukan main lagi.

“I nak macam ni, Jes. I tak nak macam tu Jes.” Hurmmm…kalau diikutkan sabarnya, mahu ditinggal sahaja segalanya tetapi kerana kawan dan sikap professional, dilayankan sahaja permintaan Darwina walau kadang-kadang memeningkan kepala. Nasib baiklah mereka berkawan baik dan dia di bayar kalau tidak sudah lama agaknya dia angkat bendera putih.  

“Majlis bermula pukul dua tengahari Dar, Is. Don’t forget, okay.” Pesannya.

Darwina tersengih. Iskandar di sebelah dipandang. “Of course tak akan lupa. Kan Bee?” bisiknya manja. Lengan Iskandar dipeluk semakin erat.

Iskandar hanya buang senyum sambil kepalanya dianggukkan.

“So, hari ni you berdua rehat cukup-cukup biar berseri masa nikah dan sanding nanti.” Pesan Jeslina dengan senyum lebar di bibir. “And you Dar, malam ni kena tidur awal. Jangan nak sembang sampai pagi lagi. Nanti ada eye bag masa kahwin, I tak tahu.” pesannya sambil membulatkan mata memandang gadis itu.  

Iskandar tergelak dan Darwina tersengih. “Okay Cik Jeslina.” Balas Darwina berjanji. Lengan Iskandar dipeluk semakin erat.

Teringatkan sesuatu, Jeslina lepaskan keluhan. Macam manalah dia boleh terlupa akan hal sepenting itu. “Oh ya Dar, malam esok I datang rumah you pukul sembilan untuk upacara berinai. Sebelum tu Huz akan datang dulu dan siapkan apa yang patut.” Ucapnya.

Darwina mengangguk. “Okay Jes.” Balasnya tidak membantah.

“Rasanya dah tak ada apa-apa lagi untuk hari ni so, kita jumpa malam esok.”  \

Iskandar dan Darwina mengangguk. Sebaik meminta diri, mereka terus beredar dari situ.


“Air.” Botol mineral dihulurkan.

Jeslina mendongak. Botol mineral yang dihulurkan Shaqir dicapai. “Thanks” ucapnya.

Shaqir terus duduk. Penutup botol mineral miliknya dibuka dan diteguk rakus.

“Dah berapa lama kau jadi wedding planner?” Mata dikalihkan ke arah pelamin sebelum menoleh pandang ke arah Jeslina semula.

“About three years.” botol mineral yang baru diteguk, ditutup dan diletakkan ke atas meja. Tubuh disandarkan ke dinding kerusi dan nafasnya dihela untuk melepaskan lelah.

“Creative..” ucap Shaqir sepatah.

“Sorry?” Jeslina pusingkan kepala ke sebelah dan Shaqir dipandang dengan kening terjungkit.

“Kau kreatif Jes. Aku suka dengan rekaan pelamin dan gubahan yang kau buat. Nampak cantik dan sejuk mata memandang.” Puji Shaqir bersungguh. Kombinasi warna violet dan gold diserikan pula dengan lantai karpet berwarna hijau, dewan tersebut juga nampak mewah. Itu belum lagi diserikan dengan gubahan bunga hidup yang menjadikan suasana menjadi lebih segar dan indah.

“Kau puji atau mengutuk aku ni?” Shaqir dijeling. Seperti tidak percaya pula kata-kata itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Shaqir yang berhati batu. Shaqir yang degil. Shaqir yang kaku boleh mengungkapkan kata-kata manis seperti itu? Sungguh dia tak percaya! 

“Ikhlas dari hati aku, Bunga.” Senyum simpul dipamer. Walaupun dia tahu Jeslina mesti akan marah tetapi dia suka melihat riak gadis itu yang begitu. Wajah mencukanya itu tetap nampak manis di matanya. Kata-kata amarahnya juga kedengaran indah di telinga. Argghhh! Shark, cuba-cubalah sedar diri sikit. Bisiknya mengingatkan diri sendiri.

Jeslina mendengus bersama cemikan. Bunga…bunga…bunga! Benci betul dia mendengar panggilan tersebut. Shaqir memang tak reti bahasa. Walau sudah berkali-kali diingatkan supaya tidak memanggilnya begitu tetapi tetap diulang menyebut perkataan yang sama. Sumbat dengan botol mineral mulut jahat tu baru tahu! Bebelnya dalam hati. Malas hendak melayan Shaqir lagi, Jeslina terus bangun.

Shaqir turut berdiri.“Jes!” spontan itu tangan Jeslina diraih.

Terkejut dengan tindakan Shaqir yang tiba-tiba itu, cepat-cepat Jeslina menarik tangannya. Dengan agak kasar.

“Jangan sesuka hati nak sentuh aku lah!” marahnya. Shaqir dijeling. Lebih tajam dari tadi. Shaqir ingat dia sama seperti gadis -gadis  yang didekatinya? Senang-senang untuk disentuh dan dipeluk sesuka hati? Please lah, memang dia gadis yang berfikiran terbuka tetapi bukan murah untuk membiarkan lelaki sewenang-wenangnya menyentuhnya begitu.

Laju Shaqir angkatkan tangan ke atas. “Sorry Jes…I’m so sorry..” ucapnya kesal. Macam manalah dia boleh terlupa yang dia sedang berdepan dengan Jeslina bukan gadis-gadis lain yang memang terhegeh-hegeh kepadanya? Menyesal, perlahan-lahan nafasnya dihela.

Jeslina tarik muka. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Shaqir tadi. “Jangan ingat aku sama macam gadis -gadis  yang pernah kau dekati!” hamburnya pula.

“My mistake Jes and I’m sorry,” ucap Shaqir lagi. Lebih bersungguh dari tadi. Gadis yang sedang mencuka di hadapannya itu dipandang seolah memohon simpati. Demi tuhan, dia tidak sengaja.

“Sudahlah, aku malas nak panjang-panjangkan isu ni tapi ingat lain kali jangan kau cuba buat perkara yang sama lagi.” Jeslina mengingatkan. Hendak terus dimarahi tetapi rasa kasihan pula melihat air muka Shaqir begitu. Haih! Dalam benci-benci tetap juga ada rasa simpati. Malas untuk terus berada di situ lagi, beg tangan di atas kerusi terus dicapai dan disangkutkan ke bahu. “I’ve got to go.” Ucapnya dan mula buka langkah.

“Jes..”

Langkah Jeslina terhenti dan dia berpaling. Shaqir dipandang dengan kening terjungkit. Entah apa lagi yang Shaqir mahu agaknya.

“High tea. Aku belanja.”

“Thanks Shark tapi aku nak cepat. Aku ada banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan. Maybe next time.” Tolak Jeslina bersungguh. Bukan dia tidak sudi tetapi dia memang kesuntukan masa sekarang. Lagipun dia memang tidak senang duduk berdua-duaan dengan lelaki itu. Mungkin kerana kenangan ketika dibuli Shaqir dulu masih terpahat kukuh di hati.

“Tak lama Jes. Sekejap aje.” Shaqir memujuk lagi. “Please..” rayunya lagi.

Melihat Shaqir yang begitu bersungguh, keluhan kecil dilepaskan. Tangan diangkat dan jam di tangan dikerling. Melihat waktu yang sudah hampir menginjak ke pukul lima petang, dahi dikerutkan dan bibir digigit-gigit. Lama dia begitu sebelum akhirnya dia mengangguk. Entah kenapa tidak sampai hati pula dia hendak menolak apabila melihat kesungguhan lelaki itu.    

“Hurmm….okey tapi aku tak boleh lama. Kau pun tahu aku mengejar masa sekarang.” Ucapnya.

Shaqir tersenyum dan mengangguk suka. “Promise, Aku tak akan ambil masa kau lama-lama.” Balasnya. Beg sandang yang memuatkan peralatan kamera dicapai dan disangkut ke bahu. “Come..” ajaknya pula dan langkah mula diatur.

Akur,  Jeslina hanya mengekor sahaja langkah lelaki itu. Hanya sekali ini Jes…sekali ini sahaja. Pesannya kepada diri sendiri.




Bab 3







           Ruang Dome Café yang terletak di aras bawah pusat membeli belah Suria KLCC itu dipandang kosong. Orang yang sedang lalu lalang di luar café tersebut dipandang bosan. Sudah setengah jam dia menanti tetapi orang yang ditunggu masih belum juga menunjukkan diri. Sesekali pasangan sejoli di hadapannya dikerling. Penat menunggu, jam yang melengkar kemas di tangan dikerling lagi. Melihat waktu yang sudah menginjak ke pukul tiga petang, nafasnya dihela berat.

             “You kejar masa ke?”

            Mendengar soalan Darwina, Jeslina palingkan wajah. Dengan senyum nipis di bibir, perlahan-lahan kepalanya digelengkan walau memang itulah hakikatnya kerana dia masih ada banyak kerja yang perlu dibereskan di butik. Huz pula sejak tadi tidak dapat dihubungi. Mamat seorang itu memang selalu macam itu. Diwaktu-waktu kecemasan begitulah dia buat hal.

          “Tapi I nampak you macam stress aje. Relax lah Jes. I yang sepatutnya stress tau.” Darwina buang tawa sambil mengerling manja tunang di sebelah. Iskandar hanya tersenyum sahaja mendengar perbualan dua sahabat itu.  

        “Macam mana aku tak stress gubahan bunga untuk pelamin masih ada yang tak siap lagi. Supplier aku pun satu, dah last minute baru beritahu stok bunga tulip tu dah tak ada.” Bebel Jeslina agak geram.

        “Means, bunga yang aku nak tu tak adalah?” Wajah Darwina sudah mula berubah riak. Tubuhnya ditegakkan. Hanya tinggal empat hari lagi majlis persandingannya akan berlangsung dan baru sekarang Jeslina memberitahunya tentang perkara tersebut? Mulalah kalut dia dibuatnya.

              “Now you yang kena relax, Dar. Don’t worry okay. Semua bunga-bunga tu ada sebab aku dah arrange dengan supplier lain. Cuma akan sampai lewat sikit aje tapi sempat untuk aku siapkan sebelum majlis kau.” Tenang Jeslina membalas. Dia tahu tentulah Darwina bimbang. Sedangkan dia sendiri pun tidak lena tidur beberapa malam lepas memikirkan perkara tersebut.

             “Are you sure Jes?” Tajam mata Darwina memandang sahabatnya itu. Tiba-tiba mood ceria selepas melihat pakaian pengantinnya tadi hilang begitu sahaja.

            “Yeah, don’t worry okay. I’ll make sure everythings is going to be fine.” Pujuk Jeslina lembut. Iskandar yang duduk di sebelah Darwina dipandang memohon supaya lelaki itu memujuk tunangnya.

          “Baby, Jes tahu kerja dia so you have to trust her. Lagipun kita masih ada masa lagi. Don’t stress out on unnecessarily things. Chill okay.” Pujuk Iskandar lembut. Belakang jemari tunangnya itu digosok-gosok perlahan.

              Jeslina mengangguk mengiakan kata-kata lelaki itu.

          “I bukannya apa Bee, I risau.” Darwina lepaskan keluhan. “Tinggal beberapa hari saja lagi.” Keluhnya pula.

            “Everythings will be okay.” Pujuk Iskandar semakin lembut. Jemari tunangnya itu digenggam erat. Jeslina dikerling memaklumkan segalanya sudah okey. Dia faham sangat memang begitulah  sikap Darwina. Kalut tidak tentu pasal.

        “Alright.” Darwina hela nafas untuk menenangkan diri sendiri. Semakin hampir harinya semakin risau pula dia. Malam tadi sahaja hampir lima kali dia menghubungi Jeslina untuk bertanya tentang pakaian pengantinnya sedangkan yang perlu diubah hanya sedikit sahaja.

          “Bee, mana photographer you ni? Dah lama kita tunggu tak sampai-sampai lagi.” bebelnya pula. Jam di tangan dikerling dengan dahi berkerut seribu.

           Iskandar turut mengerling jam yang melengkar dipergelangan tangan kemudian mata ditalakan ke arah muka pintu. “Sekejap lagi sampailah tu.” Balasnya.

           Darwina anggukkan kepala. Strawberi shake di atas meja dicapai dan dihirup. Melihat Darwina yang sudah beriak biasa, Iskandar pula terus mencapai baki tuna wrap di dalam pinggan dan disumbatkan ke mulut. Jeslina pula meneruskan aktivitinya ber whatsapp dengan Aton untuk bertanya tentang bekalan bunga tulip mereka.

              “Hi guys, sorry I’m late.”

Disapa secara tiba-tiba, ketiga-tiga mereka mendongak. Dengan senyum di bibir, Iskandar terus berdiri. Tangan dihulurkan untuk  bersalaman. “Hi Shark.”

             Shaqir mengangguk dan tersenyum sahaja. Salaman tangannya dilepaskan.

             Jeslina pula sudah tercengang di situ. Shaqir dipandang tidak berkelip.   

         “Brian mana?” Iskandar kerutkan dahi. Setahunya semua kerja-kerja photografi dibuat oleh Brian.

             “Brian ada hal so aku ambil alih tugas dia sampai majlis you all berdua selesai.” Balasnya.

              “Duduk dulu.” Pelawa Iskandar pula.

               Shaqir mengangguk dan terus duduk. “Hai Jes.” Sapanya. Gadis yang sudah mula beriak tidak selesa itu dipandang. Tak sangka, sungguh dia tak sangka Jeslina lah perancang perkahwinan a.k.a mak andam vogue yang sering disebut Brian sebelum ini. Kalaulah dia tahu, dari awal lagi tugas itu akan diambil alih olehnya.

            Jeslina tersenyum nipis. “Hai.” Balasnya sepatah. Acuh tak acuh sahaja riaknya. Kepala ditolehkan ke atas meja semula. Lemon ais dicapai dan dihirup dengan perasaan berbaur.

             “You berdua dah kenal?” Tegur Iskandar  seakan tidak percaya. Shaqir dan Jeslina dipandang silih berganti.

         “Kami kawan satu sekolah masa di kampung dulu.” Selamba Shaqir membalas. Jeslina dikerling sekilas.

        “Hurm…baguslah. Senang urusan kita nanti kalau you all dah kenal.” Dengan riak teruja Darwina menyampuk.

         Jeslina tersengih. Bukan sengih gembira tetapi terpaksa. Hurm…senanglah sangat. Ejeknya dalam hati.

        “Baby, kalau you nak tahu, Shark ni jurugambar terkenal. Biasanya dia ambil job yang melibatkan organisasi  dan function besar aje. Rasanya kalau Brian tak ada urusan lain memang tak merasalah kita nak dapatkan  sentuhan dia.” Cerita Iskandar bersungguh. Mengenali Shaqir dia faham benar bagaimana lelaki itu memilih dalam kerjanya demi hasil yang sempurna.

               Shaqir tersengih. Bangga apabila dipuji begitu. Di hadapan Jeslina pula tu.

            “Oh ya ke?” Darwina beriak teruja. Bulat matanya memandang Shaqir di hadapan. Ermmm…walaupun berpenampilan biasa tetapi tetap nampak ‘smart’ dan yang penting, sado!

              “Janganlah puji lebih-lebih Is.” Balas Shaqir malu-malu.

              “I cakap yang betul Shark. Bukan sorang dua yang memuji tapi ramai.” Komen Iskandar lagi mengiakan kata-katanya tadi.

               Tidak mampu hendak menidakkan kata-kata Iskandar tadi, Shaqir hanya tersenyum sahaja.

            “Oh ya, order minum dulu Shark.” Iskandar angkat tangan dan melambai ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari situ.

            Shaqir mengangguk. Sambil menanti pelayan datang ke meja mereka, beg sandang yang dibawanya dibuka dan komputer riba dikeluarkan. Sebaik dibuka, butang on terus ditekan.

           “Come, I tunjukkan video pre wedding yang I baru siap edit untuk you berdua tengok. Ini bukan keseluruhan video tapi hanya untuk ditayangkan semasa majlis resepsi you all berdua nanti. Full video I akan tunjukkan selepas keseluruhan majlis selesai.” Ucapnya. Folder yang diletakkan video bernama Darwis dibuka dan komputer riba ditalakan ke arah Iskandar dan Darwina. “Have a look.” Sambungnya lagi.

           “Order sir.” Tiba-tiba pelayan menegur. Shaqir mendongak. “Fresh orange.” Ucapnya. Pelayan itu mengangguk dan terus pergi. Pandangan dibuangkan ke arah pasangan di hadapannya semula. Sesekali Jeslina dikerling dari ekor matanya.

            “I love the video Shark. Really, I love it.” Darwina bersuara teruja. “Jes, cuba you tengok. This is awesome. Seriously!” Komputer riba dipusingkan menghadap Jeslina pula.

            Jeslina menurut. Video yang berdurasi selama sepuluh minit itu ditonton dengan penuh minat. Betullah seperti kata Darwina, video tersebut sangat menarik. Diiringi lagu Kris Dayanti, Mencintaimu sebagai lagu latar, penataan cahaya yang cantik membuatkan suasana pre wedding tersebut kelihatan sangat romantis. Lakonan kedua-dua bakal mempelai juga nampak berseri dan kelihatan begitu bahagia. Teruja melihat video tersebut, tiba-tiba dia terfikir untuk menggunakan khidmat Shaqir  ketika majlis perkahwinannya nanti. Demi untuk hasil yang terbaik seperti yang dilihatnya, dia sanggup melupakan sengketa dengan lelaki itu seketika. Errr!

             “So, what do you think Jes?” Darwina menyoal. Masih dengan riak teruja.

            “Not bad.” Balasnya bersahaja. Bibir dicemikkan. Malas hendak memuji Shaqir berlebih-lebih nanti  meninggi diri pula.

          Shaqir palingkan wajah dan memandang gadis yang beriak bersahaja di sebelahnya. Kening dikerutkan. Not bad sahaja untuk usahanya itu? Fuh! Tak pernah lagi ada yang memberi komen begitu untuk setiap kerjanya. Tiba-tiba dia rasa tercabar pula.  

          “What do yo mean by, not bad?” suara Darwina kedengaran sedikit berbeza dari tadi. Jeslina dipandang dengan kening terjungkit.

           Jeslina berdeham. Macam manalah dia boleh tersilap cakap. Bukan dia tidak kenal perangai Darwina macam mana. “Ermm…it’s only for ten minutes Dar. Yeah, it’s nice but I prefer to see the whole video before I give any comments.” Dalihnya. Masih juga tidak mahu mengucapkan kata-kata pujian walaupun dia sendiri kagum dengan hasil video berdurasi sepuluh minit tersebut.

           “Kalau you nak tengok keseluruhan video, jemputlah datang ke studio I.” Shaqir menyampuk selamba.  Kening dijungkitkan dan bibir mengoyak senyum. “Anytime.” Pelawanya lagi.

             Jeslina terdiam. Komputer riba di hadapannya terus ditolakkan ke hadapan Shaqir.

          “So, cik Jeslina, bila you free?” tawar Shaqir lagi sengaja hendak menduga. Dia tahu mati hidup semula pun Jeslina tidak akan menerima pelawaannya itu.

            “Thanks but no thanks. I tengok bila semuanya dah selesai nanti.” Senyum lelaki itu dibalas dengan pandangan sinis. Dia tahu Shaqir sengaja mencabarnya tetapi dia bukanlah Jeslina yang masih berumur 13 tahun lagi dan mudah dibuli tidak kira masa.  Hurmm…kalau itu yang Shaqir fikirkan, dia memang silap banyaklah!

               Shaqir tersenyum. Air fresh orange dicapai dan diteguk. Sudah dia agak!


              “Jes!” Panggil Shaqir agak lantang. Keluar dari Dome café tadi Jeslina terus bergegas keluar. Belum sempat dia bertanyakan lebih lanjut tentang program seterusnya, gadis itu sudah cepat-cepat angkat kaki. Apa yang Jeslina takut agaknya. Dia bukannya hendak makan orang cuma  dia dah terjatuh suka dekat pemilik nama Jeslina. Itu sahaja.    

         Jeslina mendengus. Langkah kakinya terhenti. Tubuh dipalingkan ke belakang. “What?” soalnya sebaik Shaqir berdiri elok di hadapannya. Lelaki itu direnung.

             Shaqir tersenyum. Rasanya tadi elok sahaja mood gadis itu tetapi kini tiba-tiba berubah sinis begitu. Ermm…perempuan! Kutuknya.

            “Boleh kita berbincang sekejap? Aku nak tanya kau tentang arrangement untuk majlis tu nanti sebab aku nak buat persiapan pasang barang-barang aku.” balasnya bersahaja.

        “Aku dah brief Brian semuanya sebelum ni. Better you asked him.” Balas Jeslina endah tak endah.

        “Jes…Brian balik Sarawak sekarang sebab mak dia sakit. Tak kan aku nak ganggu dia sedangkan aku boleh tanya kau. Dan aku rasa tak adalah susah mana pun kau nak terangkan. Tak akan ambil masa kau sampai berjam-jam pun Jes.” Bidas Shaqir dengan suara yang sedikit meninggi.
Terkesan dengan kata-kata lelaki itu, Jeslina hela nafas dan tangan dipelukkan ke tubuh. Kepalanya dipalingkan ke arah lain seketika.

           “Be professional Jes. Ini periuk nasi aku jadi aku tak nak ada kesilapan berlaku sepanjang majlis itu nanti.” Shaqir bersuara lagi sedang mata masih tidak berkalih menala pandang gadis di hadapannya itu.

           “Fine!” akhirnya Jeslina mengalah. “Kita duduk sana.” Ajaknya sambil mata ditalakan ke arah sebuah café tidak jauh dari situ. Tidak menunggu jawapan Shaqir, langkah terus diayun.
Shaqir hela nafas dan dengan sekali gelengan, langkah gadis itu dibuntuti.

         “Get me?” soal Jeslina sebaik menerangkan tentang keseluruhan program yang telah diatur. Tubuh disandarkan ke kerusi dan tangan dipelukkan ke tubuh.

          Shaqir mengangguk. “Kalau macam tu hari kau buat rehersal, aku akan pasang semua peralatan dan buat testing.”

          “It’s up to you.” Bahu dijungkitkan.

          “Safety macam mana? Peralatan yang akan aku gunakan bukan murah.”

          “Don’t worry Shark, aku dah buat semua arranggement.” Jeslina meyakinkan. Apa guna dia jadi perancang perkahwinan kalau perkara kecil macam tu dia tidak boleh aturkan? Shark ingat dia wedding planner cikai? Hellooo! Dia professional okay!

            “Kalau macam tu okey, aku jumpa kau hari rehersal nanti.” Beg sandang terus dicapai dan dia bingkas bangun.

            Jeslina turut bangun. “Selamat bekerjasama. Aku harap tak akan ada masalah nanti.” Ucapnya bersahaja.

           Shaqir buang senyum. “Don’t worry Jes. Aku professional. Paling tidak pun aku cuma ambil gambar kau aje.” Selorohnya. Beg sandang disangkutkan ke bahu.

           “What?” Jeslina kerutkan dahi. Ambil gambar dia untuk apa? Dia bukannya pengantin!

Senyum Shaqir menjadi semakin lebar. “Just kidding Jes. Janganlah ambil serius sangat. Chill okay.” Tawanya sudah mula kedengaran sambil tangan meraup kepala.

          Jeslina mendengus. Shaqir dijeling. Belum bekerjasama sudah pandai hendak mengusik begitu.  Bila sudah bekerjasama nanti entah macam manalah agaknya. Bebelnya dalam hati.

         “Okey Bunga, I’ll make a move. See you soon dear.”

        Sekali lagi Shaqir dijeling. Oh tolonglah! Panggil bunga dan dear tu kepada orang lainlah! Getus hatinya geram.

          Melihat air muka Jeslina yang sudah mula berubah ketat, Shaqir hanya tersenyum sahaja. Tidak menunggu dia terus pergi dari situ dengan riak ceria.

           “Aku tak sabar nak bekerjasama dengan kau, Jes.” Bisik hatinya dengan senyum yang semakin lebar di bibir. Ah! Tidak sia-sia dia mengambil alih kerja tersebut dari Brian. Bisik hatinya semakin teruja.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...